Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Polis Ke 213 11 Hari Lagi

Published: 14 Mar 2020 2.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pakaian Seragam Polis Kelantan Tahun 1909. Selepas perjanjian 1909, Kelantan mempunyai Pasukan Polis Melayu yang teletak di bawah kawalan Tengku Sri Maharaja, iaitu seorang Kerabat Diraja.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-213-11-hari-lagi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:35 MYT

Pakaian Seragam Polis Kelantan Tahun 1909.

Selepas perjanjian 1909, Kelantan mempunyai Pasukan Polis Melayu yang teletak di bawah kawalan Tengku Sri Maharaja, iaitu seorang Kerabat Diraja.

Di samping itu, terdapat sebuah lagi pasukan yang dikenali sebagai Military Police. Fungsi utama pasukan ini menyediakan kawalan dan eskot. Apabila Raja Kelantan menerima seorang Penasihat British iaitu G. Cullen, beliau telah menyusun semula struktur Pasukan Polis Kelantan dengan menyandang jawatan Penguasa Polis dan kemudian sebagai Ketua Polis Negeri pada tahun 1910, manakala Tengku Maharaja kekal sebagai Pesuruhjaya Polis.

Kelengkapan bagi keperluan pakaian ini adalah:

- Topi bulat hitam berjambul /Cap badges
- Baju lengan panjang kuning berkolar (lepas luar)
- Seluar pendek kuning
- Tali pinggang kulit hitam
- Tanda bahu Kelantan (tulisan Jawi)
- Kasut kulit hitam

#HariPolis213
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP

Image may contain: 2 people, people standing and text
ArticlePublished 14 Mar 2020 2.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM