Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Polis Ke 212 Upacara Sembahyang Agama Sikh

Published: 06 Apr 2019 4.11 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Sempena sambutan peringatan Hari Polis Ke-212, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Sikh telah mengadakan upacara sembahyang khas di Gurdwara Sahib, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, dekat sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-212-upacara-sembahyang-agama-sikh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:14 MYT

Kuala Lumpur, 6 April 2019 – Sempena sambutan peringatan Hari Polis Ke-212, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Sikh telah mengadakan upacara sembahyang khas di Gurdwara Sahib, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, dekat sini.

Upacara keagamaan khas yang bermula seawal jam 9.30 pagi tadi turut dihadiri oleh Penolong Pengarah (Risikan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, ACP Ravindar Singh Sarban Singh bersama lebih 100 warga PDRM yang beragama Sikh di sekitar Lembah Klang.

Aktiviti keagamaan ini merupakan salah satu acara tahunan yang termaktub dalam Takwim Aktiviti PDRM bagi menyemarakkan lagi sambutan peringatan Hari Polis yang disambut pada 25 Mac lepas.

0S4A8732
Sesi bergambar kenangan.

0S4A8729
Ketibaan Penolong Pengarah (Risikan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, ACP Ravindar Singh Sarban Singh.

0S4A8786
Sekitar upacara sembahyang keagamaan Sikh di Gurdwara Sahib Pulapol Kuala Lumpur pada hari ini.

IMG_3049
Sekitar upacara sembahyang keagamaan Sikh di Gurdwara Sahib Pulapol Kuala Lumpur pada hari ini.

0S4A8810
Sekitar upacara sembahyang keagamaan Sikh di Gurdwara Sahib Pulapol Kuala Lumpur pada hari ini.


ArticlePublished 06 Apr 2019 4.11 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM