Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Polis Ke 211 Pdrm Optimis Laksanakan Tanggungjawab Sosial

Published: 11 Jul 2018 4.04 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganjurkan Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 sebagai satu daripada tanggungjawab sosial kepada masyarakat selaras dengan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ pada tahun ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-211-pdrm-optimis-laksanakan-tanggungjawab-sosial
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:29 MYT

Kuala Lumpur, 11 Julai 2018 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganjurkan Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 sebagai satu daripada tanggungjawab sosial kepada masyarakat selaras dengan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ pada tahun ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapan perasmian program tersebut berkata, saban tahun, program seumpama ini mendapat sambutan yang menggalakkan di mana pada tahun 2017 sahaja, seramai 342 orang warga PDRM telah menjadi penderma darah negara.

Tambahnya, kolaborasi strategik di antara PDRM dan Pusat Darah Negara (PDN) yang diterjemahkan melalui program tahunan ini sedikit sebanyak diharap dapat mengekalkan kelangsungan stok darah bagi menampung keperluan para pesakit di hospital seluruh negara.

Dalam pada itu, hadir sama pagi tadi ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, barisan Pengarah PDRM, Pengarah PDN, Dr. Noryati Abu Amin, Pemangku Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Sri Shahriza Saad @ Mansor, pegawai-pegawai kanan PDRM, para pelatih Kursus Asas Kadet Inspektor dari Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur serta wakil-wakil media.

53
Lawatan dan tinjauan Ketua Polis Negara di pusat menderma darah di Lobi Menara 1 Bukit Aman.

2
Nyanyian Lagu Negaraku dan Sang Saka Biru.

10
Ucapan daripada Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Noryati Abu Amin.

11
Ucapan perasmian daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun.

12
Ucapan perasmian daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun.

59
Penerima sijil penghargaan kepada warga PDRM yang paling aktif menderma darah berdasarkan rekod Pusat Darah Negara.
Dari kiri: ASP Mohd Reimi Sudirman (131 kali), SM Mohd Zaini Ahmad (260 kali) dan Insp. Nizan Mohammad Nor (98 kali).

13
Majlis pada hari ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran anak-anak Tabika KEMAS PDRM sebagai duta kecil yang membawa mesej 'Jom Derma Darah'.

14
Sekitar aktiviti menderma darah oleh warga PDRM Bukit Aman.

54
Sekitar aktiviti menderma darah oleh warga PDRM Bukit Aman.













ArticlePublished 11 Jul 2018 4.04 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM