Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Polis Ke 210 Majlis Tahlil Perdana Serentak Di Seluruh Kontinjen Pdrm

Published: 23 Mar 2017 10.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Bersempena dengan sambutan Hari Polis ke-210 yang bakal disambut pada 25 Mac 2017 ini, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil secara serentak di seluruh masjid dan surau dalam kontinjen PDRM, sebentar tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-210-majlis-tahlil-perdana-serentak-di-seluruh-kontinjen-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:30 MYT

Kuala Lumpur, 23 Mac 2017 - Bersempena dengan sambutan Hari Polis ke-210 yang bakal disambut pada 25 Mac 2017 ini, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil secara serentak di seluruh masjid dan surau dalam kontinjen PDRM, sebentar tadi.

Majlis yang diadakan di peringkat Bukit Aman telah dihadiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar bersama isteri Puan Sri Dato' Imran Ibrahim yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia di dewan solat utama Masjid Bukit Aman.

Program yang bermula dengan solat fardhu Maghrib secara berjemaah itu kemudiannya diikuti dengan bacaan surah Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Pegawai Turus Kesejahteraan Organisasi JIPS, Superintendan Haji Ghazali Daud.

Majlis kemudiannya diakhiri dengan solat fardhu Isyak secara berjemaah sebelum kesemua jemaah dan jemputan saling bersalam-salaman antara satu sama lain.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah bekas-bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Haniff Omar dan Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar, barisan Pengarah PDRM, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan Ketua-Ketua Polis Negeri, para Pegawai Kanan serta anggota pelbagai pangkat PDRM.

DSC058537
Sekitar majlis bacaan Yasin dan tahlil di Masjid Bukit Aman.

DSC058927
Sekitar majlis bacaan Yasin dan tahlil di Masjid Bukit Aman.

DSC058897
Sekitar majlis bacaan Yasin dan tahlil di Masjid Bukit Aman.

DSC058607
Sekitar majlis bacaan Yasin dan tahlil di Masjid Bukit Aman.

DSC058887
Sekitar majlis bacaan Yasin dan tahlil di Masjid Bukit Aman.

DSC058997
Sekitar majlis bacaan Yasin dan tahlil di Masjid Bukit Aman.

DSC059357
Sekitar majlis bacaan Yasin dan tahlil di Masjid Bukit Aman.

ArticlePublished 23 Mar 2017 10.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM