Hari Polis Ke 210 Majlis Tahlil Perdana Serentak Di Seluruh Kontinjen Pdrm
Kuala Lumpur, 23 Mac 2017 - Bersempena dengan sambutan Hari Polis ke-210 yang bakal disambut pada 25 Mac 2017 ini, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil secara serentak di seluruh masjid dan surau dalam kontinjen PDRM, sebentar tadi.
Majlis yang diadakan di peringkat Bukit Aman telah dihadiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar bersama isteri Puan Sri Dato' Imran Ibrahim yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia di dewan solat utama Masjid Bukit Aman.
Program yang bermula dengan solat fardhu Maghrib secara berjemaah itu kemudiannya diikuti dengan bacaan surah Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Pegawai Turus Kesejahteraan Organisasi JIPS, Superintendan Haji Ghazali Daud.
Majlis kemudiannya diakhiri dengan solat fardhu Isyak secara berjemaah sebelum kesemua jemaah dan jemputan saling bersalam-salaman antara satu sama lain.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah bekas-bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Haniff Omar dan Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar, barisan Pengarah PDRM, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan Ketua-Ketua Polis Negeri, para Pegawai Kanan serta anggota pelbagai pangkat PDRM.
Sekitar majlis bacaan Yasin dan tahlil di Masjid Bukit Aman.