Buat julung kalinya, sambutan Hari Polis Ke-209 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau diadakan di luar kompleks IPD iaitu di Padang Bandaran di Keningau.
la sebagai usaha barisan kepemimpinan IPD Keningau untuk merapatkan lagi hubungan antara polis dan masyarakat di daerah Pedalaman Atas di Sabah itu.
Antara pengisian sambutan yang mendapat perhatian ialah lakonan pantomin kisah pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo, Lahad Datu yang mengingatkan masyarakat mengenai pengorbanan anggota keselamatan dalam mengawal keselamatan Negara.
Turut menarik perhatian ialah demonstrasi polis membanteras kegiatan dadah oleh Unit Anjing Pengesan (K9) daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Sabah.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Taong, berkata usaha pihaknya menganjurkan program Sambutan Hari Polis di luar IPD Keningau adalah bertujuan memberi peluang kepada masyarakat mendekati tugas polis, selain menjalinkan hubungan rapat agar komuniti dapat berkongsi maklumat bagi pencegahan jenayah.
Sumber: Berita Harian
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Hari Polis Dirai Bersama Masyarakat
Buat julung kalinya, sambutan Hari Polis Ke-209 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau diadakan di luar kompleks IPD iaitu di Padang Bandaran di Keningau.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-dirai-bersama-masyarakat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.