Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Perkep Malaysia Ke 53 Biro Agama Jips Anjur Ceramah Agama Dalam Talian

Diterbitkan: 24 Aug 2021 4.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 24 Ogos 2021 - Bersempena sambutan Hari Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia ke-53 tahun yang disambut 3 Ogos lalu, Biro Agama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) menganjurkan ceramah agama dalam talian bertajuk 'Pengurusan Stress Diri dan Keluarga Semasa Menangani Pandemik COVID-19 Dari Sudut Kaca Mata Islam', di Bukit Aman, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-perkep-malaysia-ke-53-biro-agama-jips-anjur-ceramah-agama-dalam-talian
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:53 MYT

Kuala Lumpur, 24 Ogos 2021 - Bersempena sambutan Hari Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia ke-53 tahun yang disambut 3 Ogos lalu,  Biro Agama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) menganjurkan ceramah agama dalam talian bertajuk 'Pengurusan Stress Diri dan Keluarga Semasa Menangani Pandemik COVID-19 Dari Sudut Kaca Mata Islam', di Bukit Aman, pagi tadi.

Ceramah agama tersebut disampaikan oleh penceramah agama terkenal tanah air yang juga merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Datuk Dr. Norhafizah Musa.

Datuk Dr. Norhafizah yang lebih mesra dipanggil Ustazah Norhafizah dalam ceramahnya selama satu jam itu antara lain menerangkan bahawa berat atau ringan sesuatu ujian yang hadir dalam diri manusia terutamanya ketika pandemik COVID-19, bergantung kepada seluas mana pintu hikmah dibuka oleh Tuhan buat manusia. 

Beliau turut mengambil kesempatan menasihatkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk sentiasa yakin bahawa semua ujian dan musibah yang hadir itu merupakan ketetapan Allah SWT yang juga kunci kepada ketabahan serta kejayaan dalam diri setiap manusia.

Turut hadir pada program ceramah yang berlangsung, isteri Ketua Polis Negara (KPN) yang juga Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Ir. Zaitun Mohd Isa bersama suri kepada Timbalan KPN merangkap Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Seri Hajah Anizah Musa dan Pengerusi PERKEP JIPS, Datin Norliah Othman.

Program dalam talian tadi juga ditonton secara "live" menerusi Facebook Rasmi JIPS di seluruh kontinjen PDRM.

Jurugambar: Koperal Aslam Syir Khan Fairuz Khan

May be an image of one or more people, people standing, headscarf and indoor

May be an image of headscarf and indoor

May be an image of 1 person, sitting, headscarf, screen and indoor

May be an image of one or more people, headscarf, indoor and text

May be an image of one or more people, people sitting, headscarf, indoor and text

May be an image of one or more people, people standing, people sitting, indoor and office

May be an image of indoor


ArtikelDiterbitkan 24 Aug 2021 4.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM