Hari Pdrm Bersama Pelanggan Di Paragon Point Ampang Jaya
Ampang , 23 Julai 2011 - Setelah mengambil kira cetusan pendapat salah seorang pelanggan ketika kali pertama diadakan, polis telah mengambil satu pendekatan terbaru dengan mengadakan Hari Polis Bertemu Pelanggan di ruang legar Paragon Point di mana sebelum ini diadakan di Dewan Serbaguna IPD Ampang Jaya, Selangor.
"Tujuan Hari Polis Bertemu Pelanggan di adakan, sebenarnya adalah untuk berhubung terus dengan orang awam, dimana sebelum ini ada aduan/pandangan/maklumat orang awam tiada saluran yang benar - benar secara terus dengan pihak polis, dengan aduan/pandangan/maklumat yang diberikan kita akan gunakannya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan polis kepada masyarakat setempat sejajar dengan konsep 4P yang telah diperkenalkan oleh Ketua Polis Negara," ujar YDH ACP Amiruddin b. Jamaluddin, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya dalam ucapan perasmiannya pada hari ini.
Menurutnya, hari bertemu pelanggan ini akan menggalakkan orang ramai menyuarakan keprihatinan mereka mengenai jiran, keluarga dan keselamatan diri secara langsung dengan pihak polis seterusnya berjaya mencapai sasaran iaitu masyarakat mengetahui akan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak polis IPD Ampang Jaya serta langkah - langkah pencegahan jenayah diri dan harta benda.
"Interaksi antara PDRM dan orang ramai akan dapat dipertingkatkan lagi bagi melahirkan hubungan rapat dan membolehkan pengukuhan persepsi masyarakat mengenai tahap perkhidmatan PDRM," tambahnya lagi.
Turut diadakan, pameran-pameran PDRM berkaitan dengan pencegahan jenayah ragut, kes curi motosikal, motokar dan keselamatan diri. Di samping itu juga pengedaran risalah - risalah dan kad info nombor - nombor telefon Pusat Kawalan Daerah/C4i, Hotline dan balai - balai dibawah pentadbiran IPD Ampang Jaya, Selangor.

Salah seorang pelanggan sedang mengisi borang butir - butir diri hari PDRM bersama pelanggan

Dari kanan - DSP Ang Ah Ban, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, YDH ACP Amiruddin b. Jamaluddin, KPD Ampang Jaya berkata sesuatu kepada SJN Basri b. Seman, KPB Taman Muda untuk mencari jalan penyelesaian masalah salah seorang pelanggan

YDH Amiruddin b. Jamaluddin, KPD Ampang Jaya sedang memerhati ahli - ahli panel hari PDRM bertemu pelangan dalam mencari jalan penyelesaian permasalahan dan cadangan yang diberikan oleh pelangan

Turut hadir sama YDH Supt. Md. Nazri b. Zawawi Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya

Pelanggan sedia menunggu giliran untuk menyatakan permasalahan dan pandangan kepada pihak PDRM bagi perkonsian pendapat sambil melihat pameran PDRM yang disediakan

Persatuan - persatuan peniaga Hata squre tidak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan KPD Ampang Jaya, selangor
Teks & Gambar
Cawangan Hal Ehwal Awam
IPD Ampang Jaya
SELANGOR.