Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Pahlawan 2026 Mengenang Pengorbanan Menghargai Jasa Wira Negara

Diterbitkan: 31 Jul 2026 9.22 AM Dikemas kini: 21 Aug 2026 4.43 PM
Putrajaya, 31 Julai 2026 – Sambutan Hari Pahlawan 2026 menjadi detik penuh bermakna buat seluruh rakyat Malaysia apabila negara sekali lagi mengenang jasa dan pengorbanan insan-insan yang telah mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kesejahteraan tanah air.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-pahlawan-2026-mengenang-pengorbanan-menghargai-jasa-wira-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT
Putrajaya, 31 Julai 2026 – Sambutan Hari Pahlawan 2026 menjadi detik penuh bermakna buat seluruh rakyat Malaysia apabila negara sekali lagi mengenang jasa dan pengorbanan insan-insan yang telah mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kesejahteraan tanah air.

Sambutan yang diraikan pada setiap 31 Julai bukan sekadar sebuah istiadat tahunan, tetapi merupakan lambang penghargaan negara terhadap keberanian, pengorbanan dan kesetiaan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah gugur mahupun yang terus berbakti dalam memelihara keamanan negara. Di sebalik setiap pengorbanan, tersimpan kisah perjuangan yang turut dikongsi oleh keluarga dan insan tersayang yang sentiasa menjadi sumber kekuatan kepada para perwira negara.

Sebagai tanda penghormatan tertinggi kepada para wira negara, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose, selaku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, hadir ke Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2026 yang berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, di sini, pagi tadi.

Dataran Pahlawan bergema dengan tiupan paluan akhir atau lebih dikenali dengan "last post" sebagai penghormatan kepada para perwira yang telah gugur, diikuti persembahan pantomin bertajuk “Darah Pahlawan Ulu Legong” yang mengisahkan tragedi serang hendap terhadap anggota 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD) oleh pengganas komunis di Ulu Legong, Kedah pada tahun 1981. Tiupan paluan fajar atau tiupan "Rouse" mengakhiri persembahan sebagai lambang kebangkitan semangat perjuangan anggota keselamatan yang masih meneruskan amanah mempertahankan negara.

Istiadat yang dianjurkan oleh ATM selaku tuan rumah menghimpunkan seramai 14 pegawai dan 507 anggota lain-lain pangkat daripada ATM, PDRM, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia serta Persatuan Pesara Polis dan Bekas Polis Malaysia (PBPM). Perbarisan turut diiringi gabungan Pancaragam Pusat ATM dan Pancaragam Pusat PDRM, sekali gus menyerlahkan semangat kebersamaan dalam menghargai jasa para pahlawan negara.

Penyertaan Detasmen PDRM yang diketuai oleh DSP Mohd Farid Mohd Anuar bersama Detasmen PBPM yang diketuai oleh pesara DSP Arikrishnan Apparau menjadi simbol kesinambungan perjuangan antara warga Pasukan yang masih berkhidmat dan para pesara, bahawa pengorbanan seorang anggota tidak pernah luput daripada ingatan.

Turut hadir memeriahkan istiadat ialah Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato' Dr. Johari Abdul, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertahanan, Dato' Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Hj. Malek Razak Sulaiman, barisan pengarah PDRM, dif-dif jemputan serta rakan-rakan media.

"Pengorbanan mereka mungkin tidak lagi dapat disaksikan, namun jasa yang ditinggalkan akan terus terpahat dalam ingatan dan menjadi inspirasi kepada generasi yang akan datang. Al-Fatihah buat para pahlawan yang telah gugur dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua perwira yang terus berbakti demi keamanan negara".

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi
May be an image of dais and text that says 'ISTIADAT ISTIADATPERBARISAN PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN TAHUN 2026 31 JULAI 2026 BE DATARAN PAHL

May be an image of dais, wedding and text

May be an image of dais and text

No photo description available.

No photo description available.
ArtikelDiterbitkan 31 Jul 2026 9.22 AMDikemas kini 21 Aug 2026 4.43 PM