Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Pahlawan 2025 Kpn Hadir Solat Jumaat Dan Khutbah Khas Di Masjid Negara

Published: 01 Aug 2025 9.04 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 1 Ogos 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menunaikan solat Jumaat dan mendengar khutbah khas sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2025 di Masjid Negara, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-pahlawan-2025-kpn-hadir-solat-jumaat-dan-khutbah-khas-di-masjid-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:30 MYT
Kuala Lumpur, 1 Ogos 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menunaikan solat Jumaat dan mendengar khutbah khas sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2025 di Masjid Negara, di sini.

Khutbah bertajuk "Pahlawan Negara - Syuhada Yang Tidak Dilupakan" itu telah disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tuan Hj. Ehsan Mohd Hosni yang turut bertindak sebagai imam dan khatib bagi solat Jumaat.

Intipati khutbah tadi menyentuh mengenai penghargaan dan terima kasih kepada para perwira negara khasnya warga pasukan keselamatan yang telah berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan kedaulatan tanah air.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Tuan Adly Zahari, Panglima-panglima Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Datuk Hj. Hamzah Hj. Ahmad serta Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato' Fisol Salleh.

Jurugambar: Lans Koperal Byranlie Mustin dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of one or more people and dais

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of 4 people

May be an image of 11 people, dais and text

May be an image of 7 people and text
ArticlePublished 01 Aug 2025 9.04 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM