Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Pahlawan 2023 Pdrm Dan Jakim Anjur Majlis Bacaan Yasin Tahlil Doa Selamat Serta Solat Jumaat

Diterbitkan: 28 Jul 2023 8.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 28 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil, Doa Selamat serta Solat Jumaat sempena Sambutan Hari Pahlawan pada tahun ini, bertempat di Masjid Negara dekat sini, tengah hari tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-pahlawan-2023-pdrm-dan-jakim-anjur-majlis-bacaan-yasin-tahlil-doa-selamat-serta-solat-jumaat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:51 MYT

Kuala Lumpur, 28 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil, Doa Selamat serta Solat Jumaat sempena Sambutan Hari Pahlawan pada tahun ini, bertempat di Masjid Negara dekat sini, tengah hari tadi.

Turut berangkat ke masjid, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dengan diiringi Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na'im Mokhtar.

Bacaan yasin, tahlil dan doa selamat tadi telah dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tuan Hj. Ehsan Mohd Hosni manakala khutbah khas bertajuk “Mengenang Jasa Pahlawan" serta solat Jumaat diketuai Timbalan Pengarah (Bahagian Agama dan Kaunseling), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Dato’ Hj. Ghazali Hj. Daud.

Intipati khutbah itu menyentuh mengenai tanggungjawab generasi hari ini agar memelihara dan mempertahankan kedaulatan negara yang telah diperjuangkan oleh para pahlawan terdahulu dengan sebaik-baiknya dari diusik oleh mana-mana anasir luar yang berniat menghancurkan negara.

Majlis turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Digital, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Buang TUDM, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf serta para pegawai kanan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia.

Sementara itu, Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan akan diadakan pada 31 Julai ini di Dataran Pahlawan Negara, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan disiarkan secara langsung melalui Program Selamat Pagi Malaysia di saluran RTM1 jam 8.00 pagi.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid.

May be an image of 15 people and dais

May be an image of 5 people and text

May be an image of 7 people, headscarf, dais and text

May be an image of 3 people

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 2 people and headscarf

May be an image of 5 people and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text

ArtikelDiterbitkan 28 Jul 2023 8.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM