Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Pahlawan 2023 Dari Lensa Urus Setia Kpn Komunikasi Korporat

Published: 29 Jul 2023 5.35 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 29 Julai 2023 - Berbaki sehari lagi sebelum berlangsungnya Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan 2023 yang akan dizahirkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Dataran Pahlawan Negara dekat sini pada 31 Julai depan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-pahlawan-2023-dari-lensa-urus-setia-kpn-komunikasi-korporat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:10 MYT
 
Putrajaya, 29 Julai 2023 - Berbaki sehari lagi sebelum berlangsungnya Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan 2023 yang akan dizahirkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Dataran Pahlawan Negara dekat sini pada 31 Julai depan.

Turut bercemar duli berangkat ke Istiadat tersebut nanti ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Allallah Sultan Iskandar Al-Haj yang diiringi Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Polis Diraja Malaysia merasa amat bertuah menjadi penganjur pada kali ini dan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan istiadat yang penuh bersejarah itu melalui siaran langsung Tv1, Radio Televisyen Malaysia.

Pagi tadi telah berlangsungnya Raptai Penuh Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan 2023 seawal jam 7.30 pagi dan berikut merupakan gambar-gambar menarik yang sempat dirakam lensa jurugambar rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berpusat di Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat).

Antara yang hadir menyaksikannya ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Azmi Abu Kassim, CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Gilbert Philip Layang serta Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Pasukan Gerakan Am), DCP Dato' Muhammad Abdul Halim.

Jangan lupa untuk "share" dan "taged" kenalan anda di Media Sosial Rasmi PDRM dan segala sokongan rakan-rakan netizen kepada kami amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. ♥️

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Abidin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 10 people

May be an image of 5 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 13 people and text
ArticlePublished 29 Jul 2023 5.35 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM