![[HARI PAHLAWAN 2021] JEJAK PERWIRA: LAWATAN MENYANTUNI PENERIMA DARJAH DAN BINTANG GAGAH PERKASA PERSEKUTUAN](/assets/images/rmp.webp)
Artikel
[HARI PAHLAWAN 2021] JEJAK PERWIRA: LAWATAN MENYANTUNI PENERIMA DARJAH DAN BINTANG GAGAH PERKASA PERSEKUTUAN
Ampang Jaya, 24 Ogos 2021 – Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan dan Perjawatan), Jabatan Pengurusan, DCP Dato' Idris Abdullah berbesar hati meluangkan m...
Ampang Jaya, 24 Ogos 2021 – Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan dan Perjawatan), Jabatan Pengurusan, DCP Dato' Idris Abdullah berbesar hati meluangkan masa menyantuni para penerima Darjah dan Bintang Gagah Perkasa Persekutuan bagi kategori pesara polis yang masih hidup, melalui Program Jejak Perwira bersempena Hari Pahlawan 2021 yang diraikan 31 Julai setiap tahun di sekitar Lembah Klang, pagi tadi.
Dalam lawatan tersebut, Dato' Idris telah menyampaikan penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) dan sumbangan kepada penerima Pingat Jasa Perkasa Persekutuan (J.P.P.) pesara Sarjan Abu Ahmad Maskun di kediamannya di Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Beliau turut berkesempatan mengunjungi dan menyampaikan sumbangan kepada penerima pingat J.P.P. lain iaitu pesara Sub Inspektor Hussein Saion di Ampang, Selangor.
Turut hadir bersama dalam kunjungan tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Mohd Azam Ismail dan para Pegawai Kanan Polis.
Jurugambar: Lans Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid