Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Pahlawan 2021 Jejak Perwira Lawatan Menyantuni Penerima Darjah Dan Bintang Gagah Perkasa Persekutuan 20210824

Published: 24 Aug 2021 6.18 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ampang Jaya, 24 Ogos 2021 – Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan dan Perjawatan), Jabatan Pengurusan, DCP Dato' Idris Abdullah berbesar hati meluangkan masa menyantuni para penerima Darjah dan Bintang Gagah Perkasa Persekutuan bagi kategori pesara polis yang masih hidup, melalui Program Jejak Perwira bersempena Hari Pahlawan 2021 yang diraikan 31 Julai setiap tahun di sekitar Lembah Klang, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-pahlawan-2021-jejak-perwira-lawatan-menyantuni-penerima-darjah-dan-bintang-gagah-perkasa-persekutuan-20210824
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:54 MYT

 
Ampang Jaya, 24 Ogos 2021 – Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan dan Perjawatan), Jabatan Pengurusan, DCP Dato' Idris Abdullah berbesar hati meluangkan masa menyantuni para penerima Darjah dan Bintang Gagah Perkasa Persekutuan bagi kategori pesara polis yang masih hidup, melalui Program Jejak Perwira bersempena Hari Pahlawan 2021 yang diraikan 31 Julai setiap tahun di sekitar Lembah Klang, pagi tadi.

Dalam lawatan tersebut, Dato' Idris telah menyampaikan penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) dan sumbangan kepada penerima Pingat Jasa Perkasa Persekutuan (J.P.P.) pesara Sarjan Abu Ahmad Maskun di kediamannya di Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Beliau turut berkesempatan mengunjungi dan menyampaikan sumbangan kepada penerima pingat J.P.P. lain iaitu pesara Sub Inspektor Hussein Saion di Ampang, Selangor.

Turut hadir bersama dalam kunjungan tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Mohd Azam Ismail dan para Pegawai Kanan Polis.

Jurugambar: Lans Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid
 

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 3 people, people sitting and indoor

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 1 person, sitting and indoor

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 2 people, child, people sitting, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people standing, indoor and text

ArticlePublished 24 Aug 2021 6.18 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM