Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Pahlawan 2021 Jejak Perwira Dcp Datuk Wira Mat Kassim Santuni Para Penerima Darjah Dan Bintang Gpp

Published: 17 Aug 2021 11.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2021 - Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan, DCP Datuk Wira Mat Kasim Karim menyantuni para penerima Darjah dan Bintang Gagah Perkasa Persekutuan (GPP) bagi kategori pesara polis yang masih hidup melalui Program Jejak Perwira bersempena Hari Pahlawan di sekitar Lembah Klang, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-pahlawan-2021-jejak-perwira-dcp-datuk-wira-mat-kassim-santuni-para-penerima-darjah-dan-bintang-gpp
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:27 MYT

 
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2021 - Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan, DCP Datuk Wira Mat Kasim Karim menyantuni para penerima Darjah dan Bintang Gagah Perkasa Persekutuan (GPP) bagi kategori pesara polis yang masih hidup melalui Program Jejak Perwira bersempena Hari Pahlawan di sekitar Lembah Klang, petang tadi.

Dalam kunjungan tersebut, Datuk Wira Mat Kasim turut menyampaikan penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) dan sumbangan kepada Sub Inspektor (Bersara) Mohd Mashkor Muradi serta Sarjan (Bersara) Nazaruddin Mohd Zain di kediaman mereka masing-masing. Turut disantuni oleh beliau pada kunjungan tersebut adalah Sub Inspektor (Bersara) Haji Mohamed Noh Hashim di kediamannya di Kajang, Selangor. 

Terdahulu, Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis), Jabatan Pengurusan, DCP Datuk Sulaiman Salleh telah menyampaikan pingat PJPN kepada DSP (Bersara) Long Heng Meng dan Auxiliary Police (AP) (Bersara) Tan Shui Fay dalam program yang sama, pagi tadi. 

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan ini melibatkan seramai 16 penerima Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.), Panglima Gagah Berani (P.G.B.) dan Jasa Perkasa Persekutuan (J.P.P.) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Lembah Klang yang bakal dikunjungi oleh pucuk pimpinan Pasukan bermula hari ini sehingga 27 Ogos depan.

Hadir sama, Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara), Jabatan Pengurusan, ACP Puan Siti Dalila Mohd Yasin, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Tuan Mohd Zaid Hassan dan para pegawai kanan PDRM.

Jurugambar: Lans Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin
 

May be an image of 2 people, indoor and text

May be an image of one or more people, people sitting and indoor

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people standing and text

May be an image of 2 people, people standing, indoor and text

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 1 person and text that says '@HAK DRM'

May be an image of 2 people, people standing, indoor and text

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people sitting, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 1 person, standing, indoor and text

May be an image of 1 person, standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 1 person and standing



ArticlePublished 17 Aug 2021 11.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM