![[HARI PAHLAWAN 2021] JEJAK PERWIRA: LAWATAN MENYANTUNI PENERIMA DARJAH DAN BINTANG GAGAH PERKASA PERSEKUTUAN](/assets/images/rmp.webp)
Artikel
[HARI PAHLAWAN 2021] JEJAK PERWIRA: LAWATAN MENYANTUNI PENERIMA DARJAH DAN BINTANG GAGAH PERKASA PERSEKUTUAN
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2021 - Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan, DCP Datuk Wira Mat Kasim Karim menyantuni para penerima Darjah dan...
Dalam kunjungan tersebut, Datuk Wira Mat Kasim turut menyampaikan penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) dan sumbangan kepada Sub Inspektor (Bersara) Mohd Mashkor Muradi serta Sarjan (Bersara) Nazaruddin Mohd Zain di kediaman mereka masing-masing. Turut disantuni oleh beliau pada kunjungan tersebut adalah Sub Inspektor (Bersara) Haji Mohamed Noh Hashim di kediamannya di Kajang, Selangor.
Terdahulu, Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis), Jabatan Pengurusan, DCP Datuk Sulaiman Salleh telah menyampaikan pingat PJPN kepada DSP (Bersara) Long Heng Meng dan Auxiliary Police (AP) (Bersara) Tan Shui Fay dalam program yang sama, pagi tadi.
Program yang dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan ini melibatkan seramai 16 penerima Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.), Panglima Gagah Berani (P.G.B.) dan Jasa Perkasa Persekutuan (J.P.P.) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Lembah Klang yang bakal dikunjungi oleh pucuk pimpinan Pasukan bermula hari ini sehingga 27 Ogos depan.
Hadir sama, Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara), Jabatan Pengurusan, ACP Puan Siti Dalila Mohd Yasin, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Tuan Mohd Zaid Hassan dan para pegawai kanan PDRM.
Jurugambar: Lans Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin