Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Pahlawan 2019 Yang Di Pertuan Agong Tunaikan Solat Jumaat Bersama Warga Pdrm Dan Atm

Published: 20 Sep 2019 10.17 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 20 September 2019- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi menghadiri khutbah khas dan menunaikan solat Jumaat bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di surau Istana Negara, Jalan Duta, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-pahlawan-2019-yang-di-pertuan-agong-tunaikan-solat-jumaat-bersama-warga-pdrm-dan-atm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:21 MYT

Kuala Lumpur, 20 September 2019- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi menghadiri khutbah khas dan menunaikan solat Jumaat bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di surau Istana Negara, Jalan Duta, di sini.

Keberangkatan baginda bersama anakanda-anakanda baginda telah disambut oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin.

Baginda bersama hampir 600 jemaah yang hadir telah mendengar khutbah khas bertajuk "Pahlawan: Pengorbanan Yang Tiada Galang Ganti" disampaikan oleh Penolong Pengarah (Agama), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, ACP Haji Ghazali Daud sebelum menunaikan solat fardhu Jumaat. 

Sejurus selesai, baginda bersama para jemaah turut menunaikan solat sunat Istisqa’ bagi memohon hujan dan mengurangkan masalah jerebu yang dipimpin oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Turut hadir, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Menteri Pertahanan, Tuan Haji Mohamad Sabu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Khalid Abdul Samad, panglima ketiga-tiga cabang ATM, barisan Pengarah PDRM.

Image may contain: 5 people
Sekitar solat Jumaat di surau Istana Negara bersempena Hari Pahlawan 2019 yang diimamkan oleh Penolong Pengarah (Agama) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, ACP Haji Ghazali Haji Daud.

Image may contain: 4 people
Sekitar solat Jumaat di surau Istana Negara bersempena Hari Pahlawan 2019 yang diimamkan oleh Penolong Pengarah (Agama) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, ACP Haji Ghazali Haji Daud.

Image may contain: 6 people, people sitting and indoor
Sekitar solat sunat Istisqa’ di Masjid Istana Negara bersempena Hari Pahlawan 2019 yang diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Image may contain: 9 people, people standing
Sekitar suasana perkarangan surau Istana Negara bersempena Hari Pahlawan 2019.

Image may contain: 16 people, people smiling, people standing and indoor
Pesara-pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) bergambar kenangan bersama kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di surau Istana Negara bersempena Hari Pahlawan 2019.

ArticlePublished 20 Sep 2019 10.17 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM