Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pasukan Khas Buru Pengkhianat Negara

Diterbitkan: 21 Sep 2019 1.51 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Sebuah pasukan khas dianggotai Pegawai Penyiasat dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditubuhkan bagi menjejaki semua pihak yang terbabit dalam kegiatan menjual MyKad, sijil kelahiran serta pasport Malaysia kepada warga asing.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pasukan-khas-buru-pengkhianat-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:56 MYT

Sebuah pasukan khas dianggotai Pegawai Penyiasat dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditubuhkan bagi menjejaki semua pihak yang terbabit dalam kegiatan menjual MyKad, sijil kelahiran serta pasport Malaysia kepada warga asing.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata beberapa sindiket jenayah terancang yang disyaki mendalangi kegiatan menyeludup masuk warga asing ke negara ini telah dikesan.

"Berdasarkan maklumat diterima serta hasil risikan, sindiket terbabit membawa masuk warga asing ke negara ini melalui beberapa Lapangan Terbang Antarabangsa di seluruh negara. Kita sedang berusaha membongkar kegiatan ini, termasuk menangkap semua yang terbabit," katanya lagi.

Tan Sri Abdul Hamid berkata, maklumat kemasukan warga asing secara salah melalui lapangan terbang utama di negara ini disalurkan JIM kepada PDRM selepas mengesan kewujudan kegiatan itu.

"Ini juga sedang kita pantau. Pada masa sama, isu integriti dalam kalangan kakitangan jabatan dan agensi penguatkuasaan juga perlu diatasi segera kerana ia menjadi sebahagian daripada faktor penyumbang pemasalahan itu.

"Agak mustahil untuk sindiket ini membolosi kawalan keselamatan kita di semua pintu masuk negara, termasuk sempadan, lapangan terbang dan pelabuhan jika tiada bantuan 'orang dalam' yang tidak berintegriti ini," katanya

Sumber: Berita Harian

  Tiada penerangan foto disediakan.
ArtikelDiterbitkan 21 Sep 2019 1.51 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM