Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Keluarga Pdrm 2008

Published: 09 Jun 2014 8.06 AM Updated: 15 Aug 2026 7.49 PM
Berbagai acara-acara menarik telah di adakan seperti acara senamrobik, acara sukaneka berpasukan keluarga..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-keluarga-pdrm-2008
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:43 MYT

Taman Tasik Titiwangsa - 14 Jun 2008. Hari Keluarga PDRM 2008 telah diadakan dengan meriahnya di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Pelbagai program dan acara-acara menarik telah di adakan seperti acara senamrobik, acara sukaneka berpasukan keluarga, wanita dewasa dan kanak-kanak. Selain itu, orang ramai yang terdiri daripada warga PDRM dan masyarakat setempat juga memenuhi gerai-gerai jualan dari jabatan-jabatan PDRM dan penyertaan syarikat swasta, selain dari gerai-gerai pameran.

Tetamu jemputan yang hadir ialah Y.B Dato' Seri Syed Hamid bin Tan Sri Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri dan Y.Bhg. Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin, Y.Bhg. Tan Sri Dato' Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan isteri.

Hadir sama ialah YDH Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hari Keluarga PDRM 2008, YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM, YDH Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta warga PDRM.

Hari keluarga yang di adakan pada hari ini adalah merupakan salah satu aktiviti yang telah diprogramkan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun.

Dalam ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara, beliau berharap Hari Keluarga PDRM 2008 ini akan menguatkan lagi ikatan kekeluargaan sesama warga PDRM kerana keutuhan sesebuah keluarga itu akan membawa kepada kebahagiaan dan kesejahteraan kepada ahli kelurga itu sendiri. Harapan beliau juga, keadaan ini bukan sahaja boleh menjadikan pasukan PDRM sebagai sebuah organisasi yang kuat dan berwibawa, tetapi juga dapat membantu membentuk sebuah masyarakat yang bahagia, sekaligus menjadi asas kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup seluruh rakyat di negara ini.

Hari Keluarga Pdrm 2008
Acara Senamrobik...

Hari Keluarga Pdrm 2008
Y.B Dato' Seri Syed Hamid bin Tan Sri Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri memotong kek Hari Keluarga Polis

Hari Keluarga Pdrm 2008
Golf VIP... (kiri) Y.Bhg. Tan Sri Dato' Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri melakukan 'Putting' dalam acara Golf VIP

Hari Keluarga Pdrm 2008
Gelagat warga PDRM dalam acara baling belon dalam air

Hari Keluarga Pdrm 2008
Kanak-kanak dalam acara mencari gula misteri

Hari Keluarga Pdrm 2008
Gerai jualan PERKEP Pengurusan yang menjadi Naib Johan, Gerai Jualan

Hari Keluarga Pdrm 2008
Johan...Johan Gerai Pameran dimenangi oleh Polis Marin

ArticlePublished 09 Jun 2014 8.06 AMUpdated 15 Aug 2026 7.49 PM