
Artikel
Hari Kebangsaan Ke 66 Semangat Kemerdekaan Kpn Bersama Kontinjen Pdrm Tinggi Dalam Raptai Skeleton Kedua Di Putrajaya
Putrajaya, 28 Ogos 2023 - Memasuki hari kedua raptai skeleton penuh di Putrajaya tadi, Kontinjen Polis Diraja Malaysia mempamerkan semangat kemerdekaan yang ti...
Putrajaya, 28 Ogos 2023 - Memasuki hari kedua raptai skeleton penuh di Putrajaya tadi, Kontinjen Polis Diraja Malaysia mempamerkan semangat kemerdekaan yang tinggi apabila segak berkawad penuh bergaya di hadapan orang ramai yang hadir menyaksikannya, di sini.
Kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) diketuai oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain yang mendahului detachment Unit Berkuda bersama lebih 50 ekor kuda jenis Arabian, Warmblood, Polo dan banyak lagi.
Kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) diketuai oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain yang mendahului detachment Unit Berkuda bersama lebih 50 ekor kuda jenis Arabian, Warmblood, Polo dan banyak lagi.
Antara barisan Pegawai Kanan yang turut dilihat segak menunggang kuda bersama-sama pucuk pimpinan Pasukan melintasi pentas utama tadi ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, DCP Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat, Komander Unit Tindakhas, SAC Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi dan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, SAC Mohd Said Ibrahim.
Biar pun baharu selesai lawatan kerja rasmi ke Kontinjen Kelantan semalam dan dijangka meneruskan lawatan kerja rasmi ke Kontinjen Sabah petang ini, Tan Sri Razarudin tetap cekal menghadiri sesi raptai pagi tadi bagi memastikan semua persiapan menuju Hari Kebangsaan yang berbaki tiga hari lagi berjalan lancar.
Semangat kemerdekaan tinggi ditonjolkan oleh pucuk pimpinan Pasukan tadi pastinya menyuntik semangat warga PDRM yang mengambil bahagian dalam acara mega Hari Kebangsaan yang bakal diadakan pada 31 Ogos depan.
Kesungguhan dan kecekalan seluruh Pegawai dan Anggota PDRM menyempurnakan acara raptai skeleton tadi diharapkan dapat memberikan satu kenangan terindah di hadapan tetamu utama negara nanti, pastinya Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Insya-Allah.
Buat seluruh rakyat Malaysia, ayuh sama-sama hadir memeriahkan acara atau saksikan acara penuh Sambutan Hari Kebangsaan Kali ke-66 yang diadakan di Putrajaya pada 31 Ogos ini menerusi siaran langsung di kaca televisyen dan Facebook Rasmi PDRM.
Jumpa anda di sana!
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.









