
Artikel
Hari Kebangsaan Ke 66 Sekitar Raptai Skeleton Perbarisan Dan Perarakan Kontinjen Pdrm
Kuala Lumpur, 25 Ogos 2023 - Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 di Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 31 Ogos ini dijangka menarik hampir 100,000 pengunjung untuk...
Kuala Lumpur, 25 Ogos 2023 - Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 di Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 31 Ogos ini dijangka menarik hampir 100,000 pengunjung untuk menyaksikan perarakan mega bertemakan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.
Disamping memastikan aspek keselamatan dibuat secara holistik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga memperhebatkan raptai perbarisan dan perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini secara menyeluruh dengan mengadakan raptai skeleton penuh pertama di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.
PDRM menurunkan lebih 1,300 pegawai, anggota dan aset-aset yang disusun kepada lima detachment yang antara lainnya pakaian kerja, pesara polis, pakaian operasi, aset haiwan dan kenderaan. Turut bakal dipertontonkan kepada orang ramai nanti pastinya persembahan memukau daripada Pancaragam Pusat PDRM bersama Pancaragam Kontinjen Kedah.
Orang ramai pastinya ternanti-nanti apakah "Wow Factor" yang bakal dipersembahkan oleh PDRM pada tahun ini bukan?
Apa yang dapat kami kongsikan sedikit "clue" menarik adalah detachment Pasukan pada tahun ini akan sekali lagi dipimpin oleh Pucuk Pimpinan PDRM sendiri. Jika hendak lihat dan mengetahui lebih lanjut, jangan lupa hadir beramai-ramai atau menonton siaran lansung sambutan di kaca televisyen masing-masing!
Hadir menyaksikan Raptai Skeleton Pertama PDRM bagi Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 tadi ialah CP Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, CP Dato' Wan Hassan Wan Ahmad.
Turut dilihat berada di lokasi ialah Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang dan Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Muhammad Idzam Dato' Hj. Jaafar.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.