
Article
Hari Ke 6 Sar Kpn Sekali Lagi Ke Kawasan Masjid India Pantau Perkembangan Kejadian Tanah Jerlus
Kuala Lumpur, 28 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain tiba sekali lagi ke lokasi kejadian tanah jerlus di Masjid India bagi memant...
Kuala Lumpur, 28 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain tiba sekali lagi ke lokasi kejadian tanah jerlus di Masjid India bagi memantau perkembangan terbaharu insiden yang berlaku pada Jumaat lalu.
Beliau yang diapit Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizme Affendy Sulaiman tiba kira-kira jam 11.00 pagi tadi.
Terbaharu, satu lagi kejadian tanah mendap dilihat berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus yang menyebabkan seorang wanita warganegara India terjatuh dengan operasi mencari dan menyelamat masih dilaksanakan sehingga hari ini.
Turut berada di lokasi kejadian tadi ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Datuk Mohamad Zainal Hj. Abdullah dan Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Tuan Mohamad Rozihan Anwar Mamat.
Jurugambar: Koperal Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Muhammad Hilmi Zaini dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri












