
Artikel
Sambutan Hari Kebangsaan Ke 67 Timbalan Kpn Hadir Program Tadabbur Dan Haflah Al Quran
Kuala Lumpur, 28 Ogos 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Program Tadabbur dan Haflah Al-Quran ber...
Kuala Lumpur, 28 Ogos 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Program Tadabbur dan Haflah Al-Quran bertempat di Dewan Solat Masjid Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Program anjuran Masjid Bukit Aman tersebut diadakan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 tahun 2024.
Selain itu, sesi tadabbur tadi turut diiringi dengan bacaan ayat suci Al-Quran daripada tiga Qari Pasukan.
Para qari yang mengambil bahagian ialah Inspektor Koordinasi Sumber Sokongan Kepolisan Komuniti/Pendataan, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, ASP Mohamad Sahran Termizi, Sarjan Mejar Perjawatan Integriti Cawangan Tadbir Urus/Kepolisan Am Bahagian Integriti, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Sarjan Mejar Hj. Razlee @ Roslee Asmat serta Sarjan Kepolisan Am Balai Polis USJ 8, IPD SUBANG JAYA, Sarjan Mohd Ridwan Mohamed Ramli.
Dalam program sama, Dato' Sri Ayob Khan dengan diiringi Timbalan Pengarah (Bahagian Agama & Kaunseling) JIPS Bukit Aman, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pentadbir Masjid Bukit Aman, DCP Datuk Azhan Abdul Halim turut berbesar hati menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Mewarna 'Jiwa Merdeka' sempena Sambutan Hari Kebangsaan tahun 2024.
Para peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu adalah dari kalangan anak-anak cilik Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain Al-Husna Bukit Aman serta Tadika Kemas Bukit Aman.
Hadir sama, barisan Timbalan Pengarah Jabatan PDRM serta ahli kariah Masjid Bukit Aman.