Hari Ke 3 Op Warta 2 547 Serah Diri
Kuala Lumpur, 21 Mei - Op Warta yang memasuki hari ketiga hari ini menyaksikan seramai 2,547 pesalah trafik menyerah diri bagi menyelesaikan saman berstatus waran tangkap.
Berdasarkan sumber yang diperoleh dari Cawangan Trafik Bukit Aman, sejumlah 640 pesalah trafik telah ditahan sehingga ke hari ini sejak Op Warta dimulakan pada 19 Mei lalu.
Seramai 440 pesalah trafik dibebaskan dengan jaminan polis manakala 200 individu telah dituduh di mahkamah.
Negeri Selangor mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi dengan 173, diikuti oleh negeri Kedah sebanyak 82 dan Melaka dengan 79 tangkapan.