Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Ke 2 Delegasi Polis Hong Kong Melawat Jsj Dan Jsjk

Published: 17 Mar 2016 1.07 AM Updated: 15 Aug 2026 6.30 PM
Oleh : L/Kpl Iqbal bin Nasruddin & Cik Noor Fatin Atikah binti Ruzaili Penyunting : Insp Abd Rahim bin Siru Kuala Lumpur, 16 Mac – Kerjasama dua organisasi keselamatan di antara Polis Diraja Malaysia dan Polis Hong Kong dimantapkan lagi dengan Lawatan Kerja Delegasi Polis Hong Kong yang diketuai oleh Ketua Polisnya, Commissioner of Police Mr. Lo Wai Chung Stephen ke dua Jabatan PDRM iaitu Jabatan Siasatan Jenayah Kom
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-ke-2-delegasi-polis-hong-kong-melawat-jsj-dan-jsjk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:07 MYT

Oleh : L/Kpl Iqbal bin Nasruddin & Cik Noor Fatin Atikah binti Ruzaili
Penyunting : Insp Abd Rahim bin Siru

Kuala Lumpur, 16 Mac – Kerjasama dua organisasi keselamatan di antara Polis Diraja Malaysia dan Polis Hong Kong dimantapkan lagi dengan Lawatan Kerja Delegasi Polis Hong Kong yang diketuai oleh Ketua Polisnya, Commissioner of Police Mr. Lo Wai Chung Stephen ke dua Jabatan PDRM iaitu Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Lawatan hubungan dua hala ini memasuki hari kedua sebelum delegasi polis Hong Kong itu dijadualkan akan membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar pada 17 Mac 2016.

Antara tentatif semasa lawatan di kedua-dua buah jabatan tersebut ialah sesi taklimat dan pertukaran pendapat di antara oleh ACP Ahmad Noordin Ismail, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Siber & Multimedia) yang mewakili Pengarah JSJK, CP Dato’ Sri Mortadza Nazarene dan DCP Dato’ Huzir Mohamed, Komander Special Task Force On Organise Crime (STAFOC), Skuad Tektikal Khas 1 (Jenayah) yang mewakili Pengarah JSJ, CP Datuk Seri Mohmad Salleh.

Sesi lawatan hari ini diakhiri dengan Majlis Makan Malam PDRM oleh para delegasi oleh Ketua Polis Negara di restoran berputar, Menara Kuala Lumpur sebagai simbolik penghargaan hubungan yang baik kedua-dua rakan agensi keselamatan itu membanteras jenayah merentasi sempadan.

Hadir sama dalam Majlis Makan Malam tersebut adalah Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Mortadza Nazarene dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

sesi bergambar kenangan di JSJK
Majlis bergambar kenangan bersama pegawai kanan JSJ

sesi bergambar kenangan bersama pegawai kanan JSJ
Majlis bergambar kenangan bersama pegawai kanan JSJK

sekitar taklimat JSJK (3)
Sekitar kunjung hormat Delegasi Polis Hong Kong

sekitar taklimat JSJK (2)
Sekitar kunjung hormat Delegasi Polis Hong Kong

sekitar majlis makan malam (2)
Sekitar majlis makan malam bersama Delegasi Polis Hong Kong

ArticlePublished 17 Mar 2016 1.07 AMUpdated 15 Aug 2026 6.30 PM