
Hari ini, pada 31 Mei 2011, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah 'turun padang' menjayakan Himpunan Sejuta Belia yang diadakan di Putrajaya selama tiga hari.
PDRM menerusi pancaragam pusatnya, Badan Seni Budaya, Unit Anjing Pengesan K9, 69 Komando dan Unit Gempur Marin berjaya 'memukau' penonton hadir menerusi persembahan mereka yang hebat serta mendebarkan.























