
Hari ini, pada 29 Mei 2012, Pasukan Gerakan Udara, Polis Diraja Malaysia telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Bengkel Residential School, Department of Aviation and Occupation Medicine, University of Otago, New Zealand di Pengkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU), Polis Diraja Malaysia.
Delegasi dari New Zealand yang terdiri daripada pengamal perubatan awam antarabangsa dan profesional tersebut diberi pendedahan mengenai peranan PGU serta tatacara mengangkut pesakit menggunakan pesawat PDRM ketika menjalankan penugasan penerbangan ehsan.