
Hari ini pada tujuh tahun yang lalu, bertarikh 7 Julai 2017, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memperbaharui usahasama melalui sesi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang disempurnakan Dekan Fakulti Sains, Profesor Dr. Norsarahaida Saidina Amin, Naib Canselor UTM, Profesor.Datuk Ir. Dr. Wahid Omar dan Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah dan disaksikan Ketua Polis Negara ketika itu, IG Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.
MoU itu bagi mempertimbangkan beberapa penambahbaikan seperti pelaksanaan program pertukaran staf dan penyelidik, tawaran melanjutkan pengajian (prasiswazah dan pascasiswazah) kepada warga PDRM serta mempergiatkan kerjasama penyelidikan, pertukaran data rujukan, maklumat akademik dan literatur sesama institusi.