Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Kpn Penuhi Jemputan Ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Diterbitkan: 07 Jul 2024 12.58 PM Dikemas kini: 28 Aug 2026 1.18 PM
Berangkat mencemar duli ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah. Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-kpn-penuhi-jemputan-ke-majlis-sambutan-maal-hijrah-peringkat-kebangsaan-tahun-2024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:31 MYT

Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain memenuhi jemputan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah/2024 Masihi yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Berangkat mencemar duli ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah. Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tema sambutan iaitu “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani” adalah manifestasi daripada intipati ajaran Rasulullah S.A.W dan ia merupakan satu tema yang sangat signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan yang hakiki di dunia dan akhirat.

Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSY4FurRp/

Sumber: TikTok PDRMsiaOfficial

Pautan Video:
Video Pilihan Kpn Penuhi Jemputan Ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 2024
https://youtu.be/f-hcdBXHInE


ArtikelDiterbitkan 07 Jul 2024 12.58 PMDikemas kini 28 Aug 2026 1.18 PM