
Hari ini pada 7 Februari 2022, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan berangkat menyaksikan Persembahan Demonstrasi Antikeganasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berlangsung di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.
Demonstrasi tersebut memaparkan kesiapsiagaan elemen dan aset PDRM khususnya daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam serta Jabatan Siasatan Jenayah ketika berhadapan dengan ancaman keganasan.
















