
Hari ini pada 18 Julai 2014, Polis Diraja Malaysia melalui inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan "National Key Result Areas" (NKRA) telah berkolaborasi bersama Syarikat Shell Malaysia dengan mewujudkan “Go To Safety Point" di lebih 900 rangkaian stesen minyak syarikat berkenaan di seluruh negara.
Ketua Polis Negara ketika itu, IG Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar berkata, stesen minyak tersebut dilengkapi dengan sistem pemberitahuan pengawasan iaitu ‘i-Alert’ yang berfungsi sebagai "silent alarm" sekiranya berlaku sebarang kecemasan di stesen minyak berkenaan.