
Pada 9 April 2021, Pasukan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) secara rasmi memiliki sebuah pusat operasi dan tadbir urus yang terletak di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.
Majlis pelancaran pusat operasi tersebut telah disempurnakan oleh Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Presiden PDRM FA.
Dalam majlis yang sama, barisan penaja untuk PDRM FA bagi saingan Liga Malaysia Tahun 2021 turut diperkenalkan kepada umum.


















