
Hari ini pada 27 Januari 2017, seramai 15 pegawai dan anggota polis dari Kontinjen Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor telah menghadiri Kursus Pengenalan dan Latihan Asas "Unmanned Aerial Vehicle" (UAV) di pangkalan lama Pasukan Gerakan Udara (PGU) yang terletak di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Selain menimba pengalaman dalam aspek pengendalian asas UAV, para peserta juga mendapat ilmu pengetahuan berhubung teknologi UAV yang pesat membangun.
UAV boleh diistilahkan sebagai ‘Pesawat Tanpa Pemandu’ atau dron yang berupaya membantu penugasan mendapatkan capaian gambaran dan maklumat yang hampir mustahil dilaksanakan oleh pegawai dan anggota di lapangan.
Pautan: https://www.facebook.com/media/set/?vanity=161086313901684&set=a.1413859495291020