
Article
Hari Ini Dalam Sejarah Pdrm 20220115
Seramai 17 anggota keselamatan termasuk dua pegawai PPM ditugaskan sebagai 'Marshall' dan tiga buah bot peronda digunakan dalam kejohanan tersebut.
Hari ini pada 15 Januari 2014, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan Polis Marin (PPM) telah diberi kepercayaan menerajui tugasan kawalan keselamatan sempena Langkawi International Regatta (LIR) 2014 yang berlangsung di Pulau Langkawi bermula dari 13 hingga 18 Januari 2014.
Seramai 17 anggota keselamatan termasuk dua pegawai PPM ditugaskan sebagai 'Marshall' dan tiga buah bot peronda digunakan dalam kejohanan tersebut.
Kejohanan kali ke-12 yang dianjurkan oleh Langkawi Yatch Club itu telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan penyertaan daripada 15 buah negara, melibatkan 45 buah kapal layar antaranya Malaysia, Singapura dan Amerika Syarikat.