
Hari ini, pada 13 Januari 2015, seorang Juruterbang Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia yang retak tulang belakang akibat kemalangan helikopter sewaktu menjalankan penugasan Op Banjir Tahun 2015, ASP Amirul Adli Ahmad telah selamat dibawa pulang ke rumah keluarganya menggunakan penerbangan ihsan daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Penerbangan ihsan itu menggunakan pesawat Nuri M23-20 milik TUDM yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pangkalan Chepa, Kelantan ke Pengkalan Semenanjung PGU Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Suasana hiba dapat dilihat apabila rakan operasinya iaitu Sarjan Mejar Mohd Hood Abd Majid yang cedera ringan dalam nahas sama turut menyambut ketibaannya pada hari tersebut.
Pautan: https://www.facebook.com/media/set/?vanity=161086313901684&set=a.915834071760234














Pautan: https://www.facebook.com/media/set/?vanity=161086313901684&set=a.915834071760234