
Hari ini pada 16 Ogos 2022, seramai 18 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia dari pelbagai pangkat telah berjaya menamatkan Kursus Asas Sniper Unit Tindakhas (UTK) Siri 1 tahun 2022.
Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu, DIG Tan Sri Razarudin Husain telah berbesar hati menyempurnakan penganugerahan sijil tamat kursus yang berlangsung di Langkawi International Shooting Range Malaysia, Langkawi, Kedah.