Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Bertemu Pelanggan Ipd Kuala Terengganu Di Pasar Raya

Published: 24 May 2015 5.29 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Terengganu, 24 Mei- Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu mahu mengadakan 'Hari Polis Bertemu Pelanggan' di kawasan tumpuan orang ramai.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-bertemu-pelanggan-ipd-kuala-terengganu-di-pasar-raya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:08 MYT

Kuala Terengganu, 24 Mei- Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu mahu mengadakan 'Hari Polis Bertemu Pelanggan' di kawasan tumpuan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata pertemuan akan turut diadakan seperti di pasar malam dan pusat membeli-belah sekali seminggu.

"Buat permulaan kita telah adakan di Pasaraya Giant, Kuala Terengganu," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kawasan menjadi tumpuan orang lebih mudah untuk mendekatkan polis dengan orang ramai.

Idris turut menyaran orang ramai mendaftar sebagai anggota Rakan Cop bagi memudahkan menyalurkan maklumat berhubung jenayah di kawasan masing-masing.- BERNAMA

ArticlePublished 24 May 2015 5.29 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM