Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Harga Sebuah Perjuangan

Diterbitkan: 27 Mar 2015 3.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 27 Mac – “ Kerana cinta, seseorang sanggup menyerahkan jiwa dan raga demi kepentingan sesuatu yang yang dicintainya kerana cinta itu menuntut pengorbanan yang besar serta tidak berbelah bahagi.”
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/harga-sebuah-perjuangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 06:24 MYT
Kuala Lumpur, 27 Mac – “ Kerana cinta, seseorang sanggup menyerahkan jiwa dan raga demi kepentingan sesuatu yang yang dicintainya kerana cinta itu menuntut pengorbanan yang besar serta tidak berbelah bahagi.”

Demikian antara kata-kata puitis al-Fadhil Ustaz Zakaria Othman selaku moderator Forum Perdana Ehwal Islam sempena Peringatan Hari Polis ke-208 yang bersiaran secara langsung selama satu jam dari Dewan Bankuet, Pusat Latihan Polis (PULAPOL ) Kuala Lumpur malam tadi.

Forum bertajuk “Bila Cinta Berputik” yang dikupas oleh ahli panel al-Fadhil Ustaz Roslan Che Ros, dan al-Fadhil Ustaz Badlishah Alaudin menekankan kepentingan masyarakat menghargai perjuangan warga PDRM selama 208 tahun menabur bakti kepada masyarakat dengan memetik sejarah-sejarah getir yang dilalui pasukan antaranya tragedi Lahad Datu dan Bukit Kepong.

Pengorbanan tersebut menjadi harga kepada keamanan yang dikecapi hari ini dan dilakukan penuh keikhlasan semata-mata atas dasar cinta kepada agama,bangsa dan tanah air.

Justeru itu, menjadi tanggungjawab kepada seluruh masyarakat mengekalkannya dengan menolak anasir-anasir negatif yang bakal merosakkkan keharmonian yang terbina dengan darah dan air mata ini terutamanya apabila ada pihak-pihak yang kini berani mencabar integriti kepolisan di negara ini.

Turut hadir menyaksikan forum tersebut ialah YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dan isteri, YBhg Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, YBhg Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Dato’ Haji Redza Shah Abdul Wahid, barisan Pengarah dan sebahagian warga PDRM serta masyarakat setempat.


Harga Sebuah Perjuangan
Harga Sebuah Perjuangan
al-Fadhil Ustaz Zakaria Othman selaku moderator Forum Perdana Ehwal Islam sempena Peringatan Hari Polis ke-208 bersama ahli panel al-Fadhil Ustaz Roslan Che Ros, dan al-Fadhil Ustaz Badlishah 

Harga Sebuah Perjuangan
Harga Sebuah Perjuangan
Harga Sebuah Perjuangan
Harga Sebuah Perjuangan
Harga Sebuah Perjuangan
Sekitar forum berlangsung..

Harga Sebuah Perjuangan
Harga Sebuah Perjuangan
YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan cenderahati kepada YBhg Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Dato’ Haji Redza Shah Abdul Wahid
ArtikelDiterbitkan 27 Mar 2015 3.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM