Hampir Lemas Hidu Asap Tebal Kebakaran Anggota Polis Berjaya Diselamatkan
Kuala Lumpur, 14 November 2019 – Berpantang maut sebelum ajal, itulah pepatah tepat menggambarkan tragedi menimpa seorang anggota polis yang hampir lemas akibat terhidu asap tebal meminta tolong dan cuba meloloskan diri daripada terperangkap dalam insiden ‘kebakaran’ yang berlaku di aras empat, Kompleks 3, Bukit Aman, di sini pagi tadi.
Namun, tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memadam ‘kebakaran’ dan mengawal keadaan menjadi lebih panik serta menyelamatkan mangsa kebakaran ke tempat yang lebih selamat perlu diberikan pujian.
Situasi tersebut sebenarnya merupakan latihan kebakaran yang bertujuan untuk memberikan pendedahan dan mendidik warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya melakukan tindakan dan mengikut tatacara yang betul serta peka dengan arahan semasa daripada pihak keselamatan jika berhadapan kebakaran.
Latihan yang mengambil masa selama hampir sejam tersebut melibatkan seramai 20 keanggotan JBPM dari Balai Bomba Hang Tuah, Kuala Lumpur.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah E7 (M), Cawangan Khas, DCP Dato’ A. Rahman Haji Ahmad, Penolong Pengarah E7 (M), Cawangan Khas, SAC Datuk Md. Zainal Rahmat, para Pegawai Kanan PDRM dan JBPM.
Sekitar Latihan Kebakaran di Kompleks 3, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Sekitar Latihan Kebakaran di Kompleks 3, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Sekitar Latihan Kebakaran di Kompleks 3, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Pegawai Bomba sedang menjalankan Latihan Kebakaran di Kompleks 3, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Sesi taklimat ringkas oleh Ketua Penolong Pengarah E7 (M) Cawangan Khas, DCP Dato’ A. Rahman Haji Ahmad berkenaan Latihan Kebakaran di Kompleks 3, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Sesi taklimat ringkas oleh Ketua Penolong Pengarah E7 (M) Cawangan Khas, DCP Dato’ A. Rahman Haji Ahmad berkenaan Latihan Kebakaran di Kompleks 3, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Bergambar kenangan