Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hampir 1 000 Warga Polis Meriahkan Hsn 2022 Peringkat Pdrm

Published: 08 Oct 2022 8.59 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Nilai, 8 Oktober 2022 – Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2022 Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimeriahkan dengan penyertaan hampir 1,000 warganya di Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hampir-1-000-warga-polis-meriahkan-hsn-2022-peringkat-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:02 MYT

Nilai, 8 Oktober 2022 – Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2022 Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimeriahkan dengan penyertaan hampir 1,000 warganya di Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pagi tadi.

Kehadiran Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain dengan menunggang kuda bernama 'Rodillo' dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai ke kompleks tersebut menjadi pembuka acara bagi sambutan tahun ini.

Kemunculan tiga 'abang sado' iaitu Sarjan Mejar Azahar Mahmad, Sarjan Shaiful Hisyam Abd Aziz dan Lans Koperal Amsyar Anaqie Azahar yang merupakan atlet bina badan PDRM menjadi gimik serta seterusnya HSN 2022 Peringkat PDRM dilancarkan oleh Tan Sri Razaruddin.

Program turut diserikan dengan pelbagai acara menarik antaranya, aktiviti senamrobik, memanah, tarik tali, angkat berat, sepak takraw, persembahan silat dan sesi memperkenalkan barisan atlet PDRM yang telah menyumbangkan pingat dalam temasya sukan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Dalam ucapannya tadi, Timbalan KPN turut mengajak seluruh warga Pasukan agar membudayakan aktiviti sukan dan kecergasan demi manfaat kesihatan menyeluruh untuk jangka masa panjang.

Tambahnya lagi, melalui aktiviti sukan ia dapat mengeratkan silaturahim bersama keluarga serta rakan-rakan dan secara tidak langsung meningkatkan kualiti kehidupan sosial.

Hadir sama, Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, CP Datuk Zaini Jass bersama isteri, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Hairiah Hj. Mohd Tahir, Naib Canselor USIM, Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, barisan Pengarah PDRM dan isteri, Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Negeri Sembilan, Puan Erny Yusnida Che Yusoff serta para pegawai dan anggota PDRM.

Sementara itu, KPN, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menghadiri HSN Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dataran Putrajaya bersama Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Program yang bermula seawal jam 7 pagi itu sarat dengan pelbagai acara serta aktiviti seperti “fun run”, “fun ride” dan “fun walk”.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu dan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan, serta rakan media.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin, Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof, Lans Koperal Muhammad Afiq Aizat Kamarudin, Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Abidin dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

May be an image of 7 people, people playing American football, people standing and grass

May be an image of 8 people, people standing, bicycle and outdoors

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

May be an image of 9 people, people riding horses, people standing, horse and outdoors

May be an image of motorcycle, outdoors and text that says 'KOMPLIEKS SUKAN TUNKU NAJIHAH'

May be an image of 15 people and people standing

May be an image of 8 people and people standing

May be an image of 8 people, people standing, bird and outdoors

May be an image of 6 people, people standing, parrot and outdoors

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 8 people and people standing

May be an image of 11 people, people standing and text that says 'HARI SUKAN NEGAR'

May be an image of 1 person, standing, indoor and text

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 9 people and people standing

May be an image of 9 people, people standing and text that says 'EGARA'

May be an image of one or more people, people standing, bicycle and outdoors

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person, standing and outdoors

May be an image of 6 people, people standing, people walking, street and road

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 6 people and people standing

ArticlePublished 08 Oct 2022 8.59 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM