Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hak Asasi Manusia Pdrm Jadikan Mata Pelajaran Teras Kepada Semua Pegawai Dan Anggota Yang Berkhidmat

Diterbitkan: 18 Apr 2022 6.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 18 April 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini selangkah ke hadapan dalam memastikan setiap pegawai kanan dan pegawai rendahnya dapat melaksanakan tugas dengan penuh integriti serta mahir tentang hak asasi manusia apabila dua mata pelajaran baharu dijadikan kompetensi utama bagi modul Pengurusan Kepolisan di dalam Program Latihan Asas Kepolisan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hak-asasi-manusia-pdrm-jadikan-mata-pelajaran-teras-kepada-semua-pegawai-dan-anggota-yang-berkhidmat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:34 MYT
Kuala Lumpur, 18 April 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini selangkah ke hadapan dalam memastikan setiap pegawai kanan dan pegawai rendahnya dapat melaksanakan tugas dengan penuh integriti serta mahir tentang hak asasi manusia apabila dua mata pelajaran baharu dijadikan kompetensi utama bagi modul Pengurusan Kepolisan di dalam Program Latihan Asas Kepolisan.

Dua mata pelajaran tersebut ialah 'Prinsip Keadilan' dan 'Integriti dan Menghormati Hak Asasi Manusia' bakal dilaksanakan di semua pusat latihan polis serta turut didedahkan kepada para peserta program kursus jangka panjang anjuran PDRM seperti Diploma Siswazah Sains Kepolisan, Diploma Eksekutif Sains Siasatan dan Sarjana Sains Kepolisan.

Menurut Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani usaha tersebut juga dibuat bagi memastikan warga Pasukan sentiasa berusaha ke arah memperkasakan lagi penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Berucap dalam Majlis Pelancaran Modul Hak Asasi Manusia Untuk PDRM di Maktab PDRM Kuala Lumpur, di sini, Tan Sri Acryl Sani memaklumkan modul yang dibangunkan hasil kerjasama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) tersebut akan dijadikan bahan rujukan tambahan dan panduan kepada tenaga pengajar PDRM.

"Naskah ini dibangunkan secara kolektif untuk dijadikan sebagai bahan rujukan tambahan dan panduan kepada tenaga pengajar PDRM dalam menyampaikan kursus berkaitan hak asasi manusia kepada Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis agar mengikuti standard sepertimana yang telah ditetapkan," ucap beliau.

Buku Modul Hak Asasi Manusia Untuk PDRM yang dilancarkan tadi akan diedarkan di seluruh Pusat Latihan Polis dan formasi Pasukan.

Hadir sama dalam majlis tadi ialah Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Othman Hashim, United Nation Resident Coordinator In Malaysia, Brunei Darussalam and Singapore, Miss Karima El-Korri, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan KPN, DIG Dato' Razarudin Husain dan Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato' Zaini Jass.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 3 people, people standing and text that says 'SIA SUHAKAM MAJLIS PELANCARAN MO HAK ASASI MANI NTUK PDRM HRAA'

May be an image of 13 people, people standing and indoor

May be an image of 8 people and people standing

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of one or more people, people standing and indoor

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 1 person, standing and indoor

May be an image of 4 people, people sitting and indoor

May be an image of 6 people, people sitting and indoor

May be an image of ‎1 person, standing and ‎text that says '‎مجهن MAKTAB POLIS DIRAJA MALAYSIA KUALA LUMPUR X‎'‎‎

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 2 people, people standing and text that says 'OLA SUHAKAM MAJLIS PELANCARAN MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK PD POUS MALAS'

May be an image of 2 people, people standing and text

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of one or more people, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people standing and indoor
ArtikelDiterbitkan 18 Apr 2022 6.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM