Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hajat Seludup Keluar Dari Malaysia Tidak Kesampaian

Diterbitkan: 17 Sep 2014 1.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kanak-kanak antara 33 Pendatang Tanpa Izin (PTI) warga Indonesia yang ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang, di sini, petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hajat-seludup-keluar-dari-malaysia-tidak-kesampaian
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:38 MYT

Kota Tinggi, 17 Sept - Kanak-kanak antara 33 Pendatang Tanpa Izin (PTI) warga Indonesia yang ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang, di sini, petang semalam.

Serbuan yang dijalankan sekitar jam 6 petang di Hutan Ladang Biotek, Bandar Penawar Kota Tinggi Johor berjaya menahan 23 lelaki, tujuh wanita dan tiga kanak-kanak.

Menurut Komander PPM Wilayah 2 ACP Paul Khiu Khon Chiang kesemua PTI dipercayai cuba untuk keluar dari Malaysia melalui laluan yang tidak diwartakan.

"Pemeriksaan kita (polis) turut mendapati mereka tinggal lebih masa selain tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, "katanya.

Kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut.

HAJAT SELUDUP KELUAR DARI MALAYSIA TIDAK KESAMPAIAN
ArtikelDiterbitkan 17 Sep 2014 1.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM