Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Gunakan Media Sosial Secara Berhemah Kpn

Diterbitkan: 25 Apr 2016 7.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bangi, 25 April – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menasihati semua mahasiswa agar mengambil pendekatan yang berhemah dalam menggunakan kemudahan media sosial serta mengambil kira bahawa apa jua yang dilakukan haruslah mengambil kira bahawa ianya tidak menjurus kepada menghasut, memfitnah, mengaib atau menjejaskan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/gunakan-media-sosial-secara-berhemah-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 01:25 MYT
Bangi, 25 April – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menasihati semua mahasiswa agar mengambil pendekatan yang berhemah dalam menggunakan kemudahan media sosial serta mengambil kira bahawa apa jua yang dilakukan haruslah mengambil kira bahawa ianya tidak menjurus kepada menghasut, memfitnah, mengaib atau menjejaskan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Tan Sri Khalid berkata, semua pihak harus sedar bahawa kebebasan yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan seperti mana Universal Right lain-lainnya datang dengan ‘safeguards’ atau limitasi yang bertujuan menjaga kepentingan bersama.

“Jika kita berbuat demikian, maka bererti kita sendiri telah mencabul hak asasi orang lain,” ujarnya.

Terdahulu, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar telah berkongsi fakta berkenaan isu-isu keselamatan negara merangkumi jenayah serta peranan-peranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam meminimakan kadar jenayah di negara ini.

Bercakap sempena Syarahan Umum Ketua Polis Negara di Persada Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, hari ini, beliau turut menyentuh berkenaan isu militan Islamic State (IS) dan menegaskan PDRM akan terus komited dalam memberi kesedaran agar tidak terpengaruh dan terjebak dengan dakyah militan yang jauh menyimpang dengan ajaran Islam sebenar itu.

Beliau juga turut memberikan penerangan berkenaan isu pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran di Malaysia.

Program Syarahan Umum Ketua Polis Negara ini adalah julung-julung kali diadakan melibatkan Ketua Polis Negara dan mahasiswa-mahasiswa institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Program ini adalah sempena Sambutan Hari Polis Ke-209 pada 25 Mac lepas dan ianya juga merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan daripada UKM kepada PDRM dalam berkongsi satu platform membincangkan isu-isu keselamatan negara.

Turut hadir dalam program tersebut, Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali, Ketua Polis Selangor, CP Abdul Samah bin Mat, Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato’ Jaafar bin Mohd Yusof, Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Mazlan bin Lazim, Timbalan–Timbalan Naib Canselor UKM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, ahli-ahli KOR SUKSIS UKM dan warga UKM.


_MG_4419 copy
Antara hadir..

_MG_4417 copy
Nyanyian lagu Negaraku..

_MG_4455 copy
Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali ketika memberikan ucapan aluan..

_MG_4503 copy
Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika menyampaikan syarahannya.

_MG_4432 copy
Antara yang hadir..

_MG_4445 copy
Antara yang hadir..

_MG_4482 copy
Antara yang hadir..

_MG_4575 copy
Sesi dialog..

_MG_4548 copy
Sesi dialog...

_MG_4619 copy
Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali menyampaikan cenderahati kepada  Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ...

_MG_4677 copy
Gambar kenangan...

ArtikelDiterbitkan 25 Apr 2016 7.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM