Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Guna Aplikasi Vsp Maklum Polis

Published: 02 Jun 2018 4.30 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Seremban, 2 Jun 2018 - Orang ramai digalak menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk memaklumkan kepada polismengenai ketiadaan mereka di rumah sempena cuti Aidilfitri.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/guna-aplikasi-vsp-maklum-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:17 MYT

Seremban, 2 Jun 2018 - Orang ramai digalak menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk memaklumkan kepada polismengenai ketiadaan mereka di rumah sempena cuti Aidilfitri.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, perkembangan teknologi terkini membolehkan masyarakat menyalurkan maklumat dengan cepat termasuk penggunaan aplikasi VSP yang membolehkan masyarakat memaklumkan kepada polis mengenai keselamatan dan jenayah.

Menurutnya, penggunaan aplikasi itu lebih mudah dan cepat berbanding mengisi borang balik kampung di balai polis berhampiran untuk memaklumkan ketiadaan mereka di rumah.

"Kita (polis) meminta orang ramai yang hendak pulang ke kampung pada musim perayaan ini mendaftar aplikasi VSP dan menggunakannya untuk memaklumkan pada kami.

"Kita akan hantar anggota menjalankan rondaan secara berkala di kawasan perumahan mereka sekali gus memperketatkan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan," katanya selepas Majlis Berbuka Puasa anjuran 1 Security Services Sdn Bhd di sini, malam tadi.

Noor Azam berkata, pihaknya akan melancarkan Op Selamat dalam masa terdekat demi meningkatkan keselamatan rumah dan jalan raya.

Dalam pada itu, beliau berkata, syarikat kawalan keselamatan juga boleh membantu polis dalam memastikan keselamatan di kawasan kawalan mereka terjamin.

Katanya, kakitangan syarikat kawalan keselamatan boleh melaksanakan tugas dengan membuat pemantauan dan tangkapan jika berlaku jenayah lalu memaklumkan kepada polis untuk tindakan seterusnya.

ArticlePublished 02 Jun 2018 4.30 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM