Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Gro Hamil Lima Bulan Cuba Perdaya Polis

Diterbitkan: 20 Jul 2017 7.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Lumut, 20 Julai – Cubaan seorang wanita Vietnam untuk menipu dengan mendakwa kehadirannya di sebuah restoran dalam ladang kelapa sawit di Pekan Gurney, Sitiawan di sini bagi meraikan ulang tahun kelahiran majikannya gagal apabila dia ditahan dalam serbuan Op Noda, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/gro-hamil-lima-bulan-cuba-perdaya-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:07 MYT

GRO HAMIL LIMA BULAN CUBA PERDAYA POLIS

Lumut, 20 Julai – Cubaan seorang wanita Vietnam untuk menipu dengan mendakwa kehadirannya di sebuah restoran dalam ladang kelapa sawit di Pekan Gurney, Sitiawan di sini bagi meraikan ulang tahun kelahiran majikannya gagal apabila dia ditahan dalam serbuan Op Noda, semalam.

Difahamkan, wanita berusia 36 tahun yang sedang hamil lima bulan itu turut 'mencuba nasib' dengan memaklumkan datang ke restoran berkenaan bersama suaminya untuk minum petang.

Dalam serbuan pada pukul 6.30 petang itu, wanita terbabit ditahan bersama 20 wanita warga asing kerana dipercayai bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) di restoran berkenaan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri, Dato’ Gan Tian Kee berkata, kesemua wanita yang ditahan itu berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun dan terdiri daripada 12 warga China, lapan warga Vietnam dan seorang warga Thailand.

Katanya, turut ditahan dua wanita tempatan berusia lingkungan 30-an yang mendakwa sebagai penjaga premis berkenaan.

“Ketika serbuan, beberapa wanita berjaya meloloskan diri dengan menaiki motosikal dan kereta. Pemeriksaan terhadap kesemua yang ditahan mendapati lima daripada mereka termasuk wanita hamil itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Sumber : http://m.utusan.com.my/berita/jenayah/gro-hamil-lima-bulan-cuba-8232-perdaya-polis-1.504929
ArtikelDiterbitkan 20 Jul 2017 7.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM