Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program Community Policing

Diterbitkan: 11 Jun 2014 3.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Program 'Community Policing' yang dianjurkan ini adalah serampang dua mata, bertujuan untuk meningkatkan tahap permuafakatan di antara anggota Balai Polis Rembau dengan semua agensi kerajaan yang berk..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/gotong-royong-perdana-pekan-rembau-sempena-program-community-policing
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:02 MYT
Rembau, Negeri Sembilan - 22 Mei 2011. "Terima kasih di atas usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak penganjur dengan kerjasama Balai Polis Rembau dan agensi-agensi kerajaan, memastikan Rembau berada dalam keadaan yang selamat, selesa, bersih serta berjaya mengeratkan hubungan akrab sentiasa terjalin tanpa mengira agama dan bangsa", ucap YB Tuan Zaiful Bahri bin Idris, ADUN Kawasan Chembong ketika merasmikan Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program 'Community Policing' pada pagi ini.

Program 'Community Policing' yang dianjurkan ini adalah serampang dua mata, bertujuan untuk meningkatkan tahap permuafakatan di antara anggota Balai Polis Rembau dengan semua agensi kerajaan yang berkaitan dan juga seluruh persatuan-persatuan di Pekan Rembau.

Sambil anggota-anggota Balai Polis Rembau mengedarkan risalah-risalah pencegahan jenayah kepada pengguna-pengguna kenderaan di Pekan Rembau, komuniti Pekan Rembau seramai lebih kurang 150 orang ini pula bekerjasama membuat gotong royong, membersih keseluruhan Pekan Rembau.

Antara NGO dan persatuan-persatuan yang terlibat pada pagi ini ialah MCA Cawangan Rembau, KRT Pekan Rembau, Persatuan Taiji Rembau, Kelab Saudagar-Saudagar Cina Rembau, Combi Pekan Rembau, Persatuan Buddha Rembau dan Persatuan Murid-Murid Tua Yuh Hua Rembau dan SWM Rembau Berhad.

Agensi-agensi kerajaan yang terlibat ialah Majlis Daerah Rembau, Pejabat Kesihatan Daerah Rembau dan Balai Bomba dan Penyelamat Rembau.

"Saya merasa amat gembira dan berbangga sekali atas kerjasama semua pihak, terutama sekali oleh pihak polis Balai Rembau  yang mana telah memberikan sokongan penuh dalam merealisasikan program yang dianjurkan pagi ini.  Telah terbukti bahawa Gagasan 1 Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri  adalah berkesan dan dapat merapatkan hubungan polis dengan masyarakat, sekaligus berjaya mengurangkan kadar jenayah setempat. Saya berharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi dalam usaha mengeratkan lagi hubungan kita semua", akhiri ucapan oleh YB Tuan Zaiful Bahri, ADUN Kawasan Chembong.

Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program Community Policing
Ucapan wakil penganjur, Yang Berusaha Encik Tee Chin Shan

Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program Community Policing
Antara komuniti Pekan Rembau yang hadir...

Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program Community Policing
Bersama-sama bermuafakat, menjayakan program pada pagi ini...

Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program Community Policing
Antara yang turut hadir...

Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program Community Policing
Ucapan Perasmian Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program 'Community Policing' oleh YB Tuan Zaiful Bahri bin Idris, ADUN Kawasan Chembong.

Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program Community Policing
Penyampaian cenderahati kepada YB Tuan Zaiful Bahri bin Idris

Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program Community Policing
Cenderahati kepada SM Alias bin Sulaiman, Ketua Polis Balai Rembau

Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program Community Policing
Cenderahati juga kepada Y.Bhg Tuan Haji Anuar bin Haji Mohamad, wakil khas Ahli Perlimen Rembau.

Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program Community Policing
Bergambar kenangan sebelum memulakan gotong royong

Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program Community Policing
Anggota-anggota polis yang turut terlibat...

Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program Community Policing
Mengedarkan risalah-risalah Pencegahan Jenayah kepada pengguna-pengguna jalan raya.

Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program Community Policing
'Buku nota NKRA - Memerangi Jenayah' juga turut di edarkan sebagai panduan pencegahan jenayah

Gambar sekitar gotong royong
Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program Community Policing

Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program Community Policing

Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program Community Policing

Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program Community Policing

Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program Community Policing

Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program Community Policing

Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program Community Policing

Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program Community Policing


Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 3.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM