Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Gores Dan Menang

Published: 18 Jul 2014 5.08 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Anda akan diberikan sekeping kad untuk digores dan apa yang tertera pada kad menunjukkan apa yang boleh anda menangi. Hadiah yang menarik berupa kereta mewah, pakej pelancongan dan barangan elektrik d..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/gores-dan-menang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:21 MYT
Gores dan MenangGores Dan Menang

Anda akan diberikan sekeping kad untuk digores dan apa yang tertera pada kad menunjukkan apa yang boleh anda menangi. Hadiah yang menarik berupa kereta mewah, pakej pelancongan dan barangan elektrik ditawarkan. Apa yang diperlukan, hanya meminta anda untuk membayar sejumlah wang yang kononnya adalah cukai khidmat kerajaan.

Jangan mudah terpedaya dengan hadiah yang ditawarkan, kelak diri dan keluarga mungkin menderita.

Sindiket penipuan yang memperdaya mangsa menggunakan taktik seperti berikut:

1. Mangsa didatangi suspek dan meminta mangsa menggores kad yang disediakan. 

2. Kemudian sindiket meminta mangsa datang ke pejabat syarikat bagi meneruskan proses seterusnya. Syarikat ini biasanya tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau lesen di bawah Akta Jualan Langsung.

3. Untuk menyakinkan mangsa, sindiket akan menunjukkan kepada mangsa keratan akhbar mengenai kereta mewah yang kononya dimenangi peserta lain, namun ia sebenarnya ia adalah helah semata-mata.

4. Mangsa diminta menyerahkan sejumlah wang yang kononnya cukai khidmat kerajaan. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu selepas mendapati barangan yang diberi tidak berkualiti dan tidak sepadan dengan jumlah wang yang diserahkan.

ArticlePublished 18 Jul 2014 5.08 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM