Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Golf Hari Polis Ke 205 Team Spb Di Pertuan Agong Vs Pdrm

Diterbitkan: 12 Jun 2014 12.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Patik sekalian amat terharu dengan keberangkatan Seri Paduka Baginda Tuanku berdua yang sesungguhnya telah menambahkan seri serta memeriahkan lagi pertandingan yang diadakan khusus sebahagian daripada..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/golf-hari-polis-ke-205-team-spb-di-pertuan-agong-vs-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:11 MYT
Kuala Lumpur, 17 Mac 2012

Satu Pertandingan Golf Sempena Hari Polis Ke-205 Tahun 2012, di antara pasukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah berlangsung di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), pagi ini.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah serta Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, berkenan mencemar duli berangkat menyertai pertandingan itu.

Turut bertandang menyertai pertandingan adalah Yang Teramat Mulia Dato Seri di-Raja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah serta Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah, Dato Seri diRaja Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Terdahulu keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah serta Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, disambut oleh YDH IGP Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara dan YDH Dato Haji Ghazali Haji Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM).

"Patik sekalian amat terharu dengan keberangkatan Seri Paduka Baginda Tuanku berdua yang sesungguhnya telah menambahkan seri serta memeriahkan lagi pertandingan yang diadakan khusus sebahagian daripada menjayakan sambutan Peringatan Hari Polis Ke-205 tahun 2012", dalam ucapan ringkas YDH Ketua Polis Negara.

"Pertandingan golf pada hari ini telah berjaya meningkatkan pengukuhan silaturahim dan kemesraan yang tiada tolok bandingnya di antara Seri Paduka Baginda Tuanku berdua berserta sekalian kerabat-kerabat dengan warga PDRM keseluruhannya. Bak kata pepatah 'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada' ".

Demikian antara kata-kata YDH IGP Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, ketika mempersembahkan ucapan di majlis yang bersejarah itu.

Antara yang turut serta di dalam pertandingan itu ialah Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek Haji Hassan, Y.Bhg Tan Sri Dato Seri Zulkifeli Mohd Zin, Y.Bhg Tan Sri Norian Mai, Y.Bhg Tan Sri Mohd Najib Abd Aziz, Y.Bhg Dato Seri Syed Zainal Abidin, Y.Bhg Datuk Azlina Abdul Aziz, Y.Bhg Dato Robiah Abd Ghani dan Y.Bhg Datin Seri Rohana Ahmad.

Gambar-gambar sekitar 'Golf Hari Polis Ke-205' tahun 2012

Wartawan/Jurufoto : SM Megat Nizar bin  Megat Uda Abdullah
Penyunting : L/Kpl Edwind Indo

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 12.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM