Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Go Green Pdrm Bantu Pulihara Persekitaran Pulau Perhentian

Diterbitkan: 01 Oct 2017 1.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Besut, 1 Oktober 2017 - Menyedari betapa pentingnya memelihara alam sekitar sebagai satu tanggungjawab bersama, sekumpulan 160 penyelam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) berganding tenaga, masa dan pengalaman yang dimiliki untuk memastikan hasrat itu tercapai.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/go-green-pdrm-bantu-pulihara-persekitaran-pulau-perhentian
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:58 MYT

GO GREEN: PDRM BANTU PULIHARA PERSEKITARAN PULAU PERHENTIAN

Besut, 1 Oktober 2017 - Menyedari betapa pentingnya memelihara alam sekitar sebagai satu tanggungjawab bersama, sekumpulan 160 penyelam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) berganding tenaga, masa dan pengalaman yang dimiliki untuk memastikan hasrat itu tercapai.

 Rata-rata penyelam PDRM yang diketuai sendiri oleh Pengarah Jabatan KDNKA, Bukit Aman, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah adalah merupakan Pegawai Kanan dan Pegawai Pangkat Rendah dari Pasukan Polis Marin (PPM), Komando 69, Unit Tindakhas (UTK), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Unit Berkuda dan lain-lain jabatan serta cawangan dalam PDRM serta badan kerajaan lain dan badan bukan kerajaan (NGO).

Melalui program “Community Policing” dan “Go Green” Pulau Perhentian PPM ini, para penyelam PDRM telah berkampung selama tiga hari dekat Tapak Perkhemahan Teluk Keke, bermula 28 September lalu. Mereka kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk melakukan dua kali selaman dasar laut pada kedalaman 20 meter untuk mengumpulkan pelbagai jenis bahan buangan seperti botol, beg plastik, tin kosong dan lain-lain.

Menurut Dato’ Sri Zulkifli Abdullah, inisiatif membersih dan memulihara pantai Pulau Perhentian ini dilakukan secara sukarela demi mendukung Dasar Amalan Hijau kerajaan dan untuk memastikan alam sekitar serta khazanah laut dapat dikekalkan hingga ke generasi seterusnya. “Kami (PDRM) berharap agar usaha ini dapat menjadi satu mesej yang disampaikan kepada orang lain agar sama-sama berganding bahu untuk menjaga keindahan pulau ini serta hidupan marin yang ada,” ujar beliau dalam sidang media sempena program tersebut semalam.

Majlis perasmian program ini telah berlangsung dengan jayanya semalam di perkarangan Pondok Polis Pulau Perhentian oleh Dato’ Sri Zulkifli dengan turut dihadiri oleh Ketua Polis Terengganu, Dato’ Aidi Ismail, Ketua Polis Kelantan, Dato’ Hasanuddin Hassan, Komander PPM Bukit Aman, Dato' Haji Abdul Rahim Abdullah, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, Dato’ Wan Abdullah Ishak, Komander-Komander PPM dan penduduk sekitar pulau.

Terdahulu, Dato’ Haji Abdul Rahim Abdullah yang juga selaku tuan rumah program telah menyampaikan lencana kehormat penyelam PDRM kepada Dato’ Sri Zulkifli sebagai menghargai khidmat bakti beliau selama hampir 30 tahun dalam pasukan. Turut diadakan dalam majlis yang sama, agihan bantuan sumbangan kepada golongan asnaf di sekitar Pulau Perhentian yang disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) PPM, Datin Hajah Zaiton Abu Bakar.

Sekitar hari perasmian program.
Sekitar hari perasmian program.

Sekitar aktiviti Go Green di perkarangan Masjid Pulau Perhentian
Sekitar aktiviti Go Green di perkarangan Masjid Pulau Perhentian.

Sekitar taklimat sebelum berlepas ke point menyelam masing-masing di Pulau Perhentian.
Sekitar taklimat sebelum berlepas ke point menyelam masing-masing di Pulau Perhentian.

Sekitar sebelum pelepasan aktiviti pembersihan dasar laut.
Sekitar taklimat sebelum berlepas ke point menyelam masing-masing di Pulau Perhentian.

Sekitar pelepasan aktiviti pembersihan dasar laut.
Sekitar taklimat sebelum berlepas ke point menyelam masing-masing di Pulau Perhentian.

Pengarah Jabatan KDNKA, Bukit Aman, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah mengetuai 160 penyelam membersihkan dasar laut Pulau Perhentian. (2)
Pengarah Jabatan KDNKA, Bukit Aman, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah mengetuai 160 penyelam membersihkan dasar laut Pulau Perhentian.

Pengarah Jabatan KDNKA, Bukit Aman, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah mengetuai 160 penyelam membersihkan dasar laut Pulau Perhentian. (3)
Pengarah Jabatan KDNKA, Bukit Aman, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah mengetuai 160 penyelam membersihkan dasar laut Pulau Perhentian.

Pengarah Jabatan KDNKA, Bukit Aman, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah mengetuai 160 penyelam membersihkan dasar laut Pulau Perhentian.
Pengarah Jabatan KDNKA, Bukit Aman, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah mengetuai 160 penyelam membersihkan dasar laut Pulau Perhentian.

Majlis menanam sampah yang dikumpul dalam aktiviti pembersihan dasar laut.
Majlis menanam sampah yang dikumpul dalam aktiviti pembersihan dasar laut.

Gambar kenangan bersama para penyelam PDRM, agensi kerjaan lain dan NGO.
Gambar kenangan bersama para penyelam PDRM, agensi kerjaan lain dan NGO.
ArtikelDiterbitkan 01 Oct 2017 1.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM