Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Get Togetherness Bersama Mantan Mantan Pemimpin Pdrm

Diterbitkan: 10 Jun 2014 7.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Game hari ini bukanlah satu kejohanan, tetapi lebih kepada 'Get Togetherness' di antara kami yang masih berada dalam pasukan dan juga satu penyataan penghargaan dan ucapan terima kasih..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/get-togetherness-bersama-mantan-mantan-pemimpin-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:36 MYT
Kuala Lumpur - 15 Januari 2011

Sejumlah RM304,100 telah berjaya dikumpulkan melalui pertandingan amal ' KGT PDRM Development Classic 2010' yang telah berlangsung pada 4 hingga 5 Disember 2010 di Kelab Golf Titiwangsa PDRM, Kuala Lumpur dengan penyertaan seramai lebih kurang 100 penaja yang mengambil bahagian.

Disamping itu juga, Kelab Golf Titiwangsa PDRM telah mendapat tajaan khas daripada Y.Bhg Tan Sri Dato' Paduka Lee Kim Yew, yang telah sudi menanggung kos menaik taraf bilik persalinan lelaki dan wanita serta bilik VIP dan golfer terrace yang melibatkan kos hampir RM300 ribu.

Pagi ini juga, bertempat di Kelab Golf Titiwangsa PDRM, sekali lagi YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara telah meluangkan masa, beriadah bermain golf dengan mantan-mantan pemimpin PDRM dan juga para dermawan.

Turut hadir bermain pada pagi ini ialah YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Terrorism), YDH DCP Dato' Haji Ghazali bin Haji Md. Amin, Setiausaha Polis (SUPM), YDH SAC Dato' Awalludin bin Jadid, Penolong Pengarah Perlindungan Keselamatan E6, Cawangan Khas dan YDH ACP Muhammad Azlee bin Abdullah.

"Game hari ini bukanlah satu kejohanan, tetapi lebih kepada 'Get Togetherness' di antara kami yang masih berada dalam pasukan dan juga satu penyataan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penderma-penderma", ucapan YDH Ketua Polis Negara satelah selesai permainan golf pagi ini.

"Kini Kelab Golf Titiwangsa PDRM mempunyai seramai 1,029 ahli, dengan pengubahsuaian dan penaikkan taraf kelab serta kemudahan-kemudahan yang sedia ada, akan dapat menarik lebih ramai lagi para golfer luar untuk menjadi ahli", antara hasrat YDH Ketua Polis Negara.

YDH Ketua Polis Negara juga tidak ketinggalan mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan projek 'KGTPDRM Development Classic 2010' dengan begitu cemerlang sekali.

Beliau juga berharap, dengan pengubahsuaian dan penaikkan taraf kelab, ianya juga akan dapat menarik lebih banyak syarikat-syarikat swasta, pertubuhan dan juga orang perseorangan untuk mengadakan mesyuarat dan aktiviti-aktiviti sosial seperti majlis perkahwinan, hari keluarga dan sebagainya di Kelab Golf Titiwangsa PDRM.

Dalam ucapannya juga, YDH Ketua Polis Negara akan mengadakan majlis kesyukuran sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 204 Tahun dan berhasrat untuk menjemput semua mantan-mantan pemimpin PDRM dan berharap dimajlis yang akan datang itu, akan dapat duduk semeja dan berbincang serta mendapatkan pandangan untuk memantapkan lagi Pasukan Polis Diraja Malaysia.

Sementara itu, dalam ucapan balas oleh mantan Ketua Polis Negara, Y.A.Bhg Tun Mohammed Hanif bin Omar, beliau berkata, PDRM hendaklah bergerak dan melakukan transformasi mengikut peredaran masa dan zaman, selari dengan kehendak masyarakat yang sentiasa mahukan perubahan untuk kesejahteraan mereka.

Beliau juga berbangga dengan pucuk pimpinan yang diterajui oleh YDH Ketua Polis Negara dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara dengan dibantu oleh barisan Pengarah-Pengarah PDRM dan juga komitmen oleh pegawai-pegawai serta anggota PDRM yang bersungguh-sungguh menjalankan tugas untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Get Togetherness Bersama Mantan Mantan Pemimpin Pdrm
Bergambar Kenangan...Pagi yang ceria, sebelum bermain golf

Get Togetherness Bersama Mantan Mantan Pemimpin Pdrm
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama Y.A.Bhg Tun Mohammed Hanif bin Omar, mantan Ketua Polis Negara

Get Togetherness Bersama Mantan Mantan Pemimpin Pdrm
Tetap ceria...YDH DCP Dato' Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis (SUPM)  bersama Y.Bhg Datuk Zaman Khan bin Rahim Khan

Get Togetherness Bersama Mantan Mantan Pemimpin Pdrm
Menunggu giliran untuk Tee Off...

Get Togetherness Bersama Mantan Mantan Pemimpin Pdrm
dari kanan...Y.Bhg Datuk Zaman Khan bin Rahim Khan, Y.A.Bhg Tun Mohammed Hanif bin Omar, YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar dan YDH DCP Dato' Haji Ghazali bin Haji Md. Amin

Get Togetherness Bersama Mantan Mantan Pemimpin Pdrm
Pukulan yang baik oleh YDH Ketua Polis Negara

Get Togetherness Bersama Mantan Mantan Pemimpin Pdrm
Tee Box 1A...dari kanan, Y.Bhg Tan Sri Mohd Jamil bin Johari, Y.Bhg Tan Sri Norian bin Mai, YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail dan Y.Bhg Dato' Salamudin bin Haji Falizan

Get Togetherness Bersama Mantan Mantan Pemimpin Pdrm
YDH Timbalan Ketua Polis Negara juga adalah seorang golfer yang baik

Get Togetherness Bersama Mantan Mantan Pemimpin Pdrm
Ceria bersama rakan-rakan...ada yang mencuit hati

Get Togetherness Bersama Mantan Mantan Pemimpin Pdrm
Dari kiri...Y.Bhg Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz, YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Y.Bhg Tan Sri Samsuri bin Arshad dan Y.Bhg Tuan Haji Mohshir bin Arshad

Get Togetherness Bersama Mantan Mantan Pemimpin Pdrm
Tee Box 8...YDH ACP Muhammad Azlee bin Abdullah, Y.Bhg Dato' Meor Check Hussein bin Mahayuddin, Y.Bhg Dato' Noordin bin Idris dan Y.Bhg Tuan Ramdan bin Amat

Get Togetherness Bersama Mantan Mantan Pemimpin Pdrm
Tee Box 8A...Tuan AS. Chandrasegaram, Y.Bhg Dato' Sulaiman bin Md. Yusuf, Y.Bhg Dato' Hassan bin Abdul Mutalib dan YDH SAC Dato' Awalludin bin Jadid

Get Togetherness Bersama Mantan Mantan Pemimpin Pdrm
Pukulan yang baik dari YDH Ketua Polis Negara

Get Togetherness Bersama Mantan Mantan Pemimpin Pdrm
masuk...

Get Togetherness Bersama Mantan Mantan Pemimpin Pdrm
Melakukan pemeriksaan kesihatan satelah selesai bermain golf...

Get Togetherness Bersama Mantan Mantan Pemimpin Pdrm
Jamuan ringan satelah selesai bermain golf

Get Togetherness Bersama Mantan Mantan Pemimpin Pdrm
Ucapan penghargaan oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Get Togetherness Bersama Mantan Mantan Pemimpin Pdrm
Ucapan balas dari mantan Ketua Polis Negara, Y.A.Bhg Tun Mohammed Hanif bin Omar

Get Togetherness Bersama Mantan Mantan Pemimpin Pdrm
Penyampaian cenderahati daripada YDH Ketua Polis Negara kepada mantan Ketua Polis Negara

Get Togetherness Bersama Mantan Mantan Pemimpin Pdrm
Cenderahati kepada Y.Bhg Tan Sri Norian bin Mai

Get Togetherness Bersama Mantan Mantan Pemimpin Pdrm
Cenderahati kepada Y.Bhg Dato' Noordin bin Idris, pelopor yang membuat lakaran rajah Kelab Golf Titiwangsa PDRM

Get Togetherness Bersama Mantan Mantan Pemimpin Pdrm
YDH Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara

Get Togetherness Bersama Mantan Mantan Pemimpin Pdrm
Penyampaian cenderahati daripada YDH Timbalan Ketua Polis Negara kepada 'Senior Golfer" dan masih aktif bermain


Berita dan gambar : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Penyunting           : Insp Md. Aruwan bin Md. Amilah
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 7.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM